Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Friday, May 27, 2011

Buat lelaki...

Aturan Pada Pertemuan Pertama

Bagi mengenali wanita idaman, tentunya anda akan mengatur pertemuan dengan si dia. Dalam hal ini pertemuan pertama amatlah penting. Namun tatkala inilah anda akan berasa gelabah, kekok dan serba tidak kena.
Tapi semua ini harus anda kawal memandangkan pertemuan inilah yang akan menentukan sama ada wanita yang anda puja itu akan terus bersama anda atau sebaliknya. Oleh itu jangan sesekali melakukan kesilapan. Bagi membantu anda melaluinya, sedikit tip diberikan kali ini.


1. Jaga Jarak
Dalam pertemuan pertama, tiada istilah terlalu mesra atau manja. Anda harus menjaga perlakuan kerana penilaian akan dibuat berdasarkan perlakuan anda. Kalau pada pertemuan pertama anda sudah mula merapatkan tubuh dengannya, dia akan mempunyai tanggapan anda berniat jahat. Sebaiknya, biarlah dia berasa selesa dan barulah rasa cinta itu datang.
2. Jangan Menyentuhnya
Di zaman moden ini, pemikiran lelaki mahu perempuan agak terbuka. Namun awas, ada batasan yang perlu anda jaga. Jangan sesekali memeluknya, memegang atau menyentuhnya pada pertemuan pertama. Dalam pertemuan pertama biasanya pasangan mahu saling mengenali diri, keluarga, apa disukai dan sebagainya. Cuba menyentuhnya pada pertemuan pertama memberi gambaran anda ada niat jahat pada dirinya.
3. Jangan Gelabah
Tidak dinafikan, ramai lelaki yang terlalu gelabah bertemu kali pertama. Kala ini, ada saja yang benda yang ingin disentuhnya, dipegang atau melakukan pelbagai gerakan semata-mata mahu menutup rasa gelabah itu. Sebaliknya, yakinlah dengan diri anda sendiri, biar terlihat di matanya anda seorang lelaki yang berkarisma dan memiliki sifat sebagai pelindung.
4. Elak Terlalu Jadi Burung Belatuk
Wanita mendambakan lelaki yang mampu menjadi pendengar yang baik bagi setiap masalah mereka. Bagi mereka, pendengar yang baik adalah orang yang mampu memberikan kata-kata perangsang di saat mereka memerlukan anda. Justeru itu pada pertemuan pertama, jangan terlalu banyak mengangguk kepala. Walau pun anda mahu memperlihatkan anda faham tentang apa yang diceritakan namun kalau terlalu banyak sangat mengangguk anda akan kelihatan seperti burung belatuk.
5. Ikuti Topik
Kadang-kala, lelaki mahu tunjuk pandai seolah-olah hanya mereka saja yang berpengetahuan luas tentang sesuatu perkara. Justeru itu, mereka akan terlalu banyak bercakap dan kadang-kala bercakap di luar topik. Tahukah anda, kalau anda berbicara di luar topik, anda kelihatan jengkel di matanya. Jadi, bercakaplah bila perlu dan ikuti topik yang diperbincangkan.
6. Bertanya Soalan Terlalu Peribadi
Tidak dinafikan, semakin kita meminati seseorang, kita akan cuba menyelami segala kisah hidupnya. Namun awas, jangan sesekali anda bertanyakan soalan yang berbaur peribadi tatkala pertama kali anda berbual dengannya. Cukup sekadar anda mengenali dirinya kerana anda punya banyak masa untuk lebih mengenalinya pada masa akan datang. Terlalu bertanya soal peribadi, akan kelihatan seperti anda suka menjaga tepi kain orang. Biarkan dia bercerita kisah hidupnya tanpa sebarang paksaan. Biasanya apabila sudah ada keserasian, mereka tanpa ragu-ragu akan bercerita.
7. Bangkitkan Hal Remeh-temeh
Seperti wanita, lelaki juga ada kalanya cerewet dalam sesetengah perkara. Sebaiknya dalam pertemuan pertama, jangan membangkitkan hal remeh-temeh seperti lipstiknya yang terlalu merah, baju yang tidak kena dengan penampilan, rambut tidak didandan rapi atau sebagainya. Anggaplah itu dirinya yang sebenarnya kerana sebelum anda memilih untuk keluar dengannya, anda sudah bersedia menerima apa sahaja tentang dirinya.
8. Mengerling Wanita Lain
Dari mata turun ke hati. Itu antara ungkapan yang biasa dikatakan orang. Namun dari mata juga, ramai lelaki yang membuat kesalahan. Apabila anda memilih keluar dengan si dia, jangan sesekali mengerling kepada wanita lain. Ia adalah satu kesalahan yang amat berat. Di matanya anda akan kelihatan seperti “buaya” yang pantang melihat mangsanya. Tumpukanlah pada perhubungan baru itu, mana tahu anda serasi bersama dengannya. Mengerling wanita lain akan hanya membuat dia beranggapan anda seorang lelaki yang sukar dipercayai dan kaki perempuan.
9. Ambil Kesempatan
Ada lelaki yang sudah mengambil kesempatan pada pertemuan pertama. Malah ada yang mengajak ke ranjang. Buat wanita, jagalah maruah diri anda kerana sekali ia tergadai, ia tak akan kembali lagi. Buat lelaki juga, jangan musnahkan harapan wanita kerana sikap buruk anda. Andai anda benar-benar menyayanginya, jagalah ia sama seperti anda menghormati ibu anda.


BigLuv
Qasehmansya

Sumber: Majalah wanita

Thursday, May 26, 2011

wanita dan pokok semalu..

Wah..pagi2 nie dipuncak gunung cameron lagi..tapi still jenguk blog..nak update entry terbaru.. Sambil2 tengok Kabus
Memutih kt equatorial nie..jom baca entry yang fresh mcm strawbery nie...



Rasuluallah pernah berkata kepada puteri kesayangannya Fatimah.bhw pohon semalu itu berkait rapat dgn wanita.
wanita hndaklah mengambil pegajaran drpada
pohon semalu ini dr 4 aspek

1.pohon semalu akan kuncup bla di sentuh.ini ibarat wanita perlu
mempunyai perasaan malu (pd tempatnya)

2. semalu mempunyai duri yang tajam untk mempertahankan drnya.
oleh itu,wanita perlu tahu mempertahankan dr dan maruah sebgai wanita

3. semalu juga mempunyai akar tunjang yang kuat dan mencengkam bumi.oleh itu
wanita perlu kuat dan tabah untk menghadapi setiap dugaan dalam idup kt.
(PAPE HAL PUN BALIK KEPADA ALLAH JUGA ITU YANG PENTING)

4. semalu akan kuncup dengan sendrinya bila senja menjelma.so x reti2 blik umahJust kidding

HIDUP TIDAK SEINDAH YANG DIBYANGKAN
HIDUP JUGA TIDAK SEBURUK YANG DI SANGKA

Bigluv
Qasehmansya

Wednesday, May 25, 2011

Sapa suke pakai BULU mata Palsu..


Rasanyer 1st time saya pakai bulu mata masa saya gatal-gatal pakai g dinner di tempat kerja..Hehehe..tak reti... Tapi masa saya berkahwin, juru andam ajar cara-cara nak pakai..siap double lagi..adoi...Berat tak berat jugak la..tapi hasilnyer sangat cantik... :) Korang suker pakai bulu palsu tak(bulu mata la...) saya kalau pandai pakai..hari2 nak pakai..:P suker..Jom layan tips pemakaian bulu mata kat bawah nie...


cantiknyer mata nie...walau pun pakai bulu yang palsu....


Tip bulu mata palsu:
Berikut ini beberapa tips yang boleh anda pelajari ketika menggunakan bulu mata palsu:


Sesuaikan Ukuran Bulu Mata Palsu
Lebar mata setiap orang berbeza-beza, jus teru pastikan anda mengukur terlebih dahulu panjang bulu mata yang bersesuaian. Kemudian, rapat kan buku mata palsu pada kelopak mata untuk mengetahui panjang bulu mata yang sesuai. Setelah itu, gunting bulu mata palsu sekiranya melebihi panjang kelopak mata.

Solekan Mata
Pastikan anda merias terlebih dahulu bahagian mata dengan menyapu pembayang mata mengikut warna yang sesuai diikuti dengan penggaris mata. Setelah itu, barulah anda memasang bulu mata palsu. Ini bagi memastikan bulu mata palsu dapat melekat sempurna. Setelah itu, sepit bulu mata asli sebelum mengenakan bulu mata palsu.

Gam Bulu Mata Palsu (eyelashes glue)
Setelah selesai membuat solekan pada wajah, siapkan bulu mata palsu yang telah disesuaikan dengan panjangnya mata. Keluarkan gam khusus bulu mata palsu dan sapukan pada
bulu mata berkenaan. Jangan menyapu gam
terlalu banyak kerana akan menyebabkan ia melekat pada helaian bulu mata palsu.

Lekatkan Pada Mata
Setelah bulu mata palsu di sapu gam, lekatkan bulu mata tadi pada bahagian ke lopak mata. Laku kan dengan hatihati supaya bulu mata berkenaan melekat dengan baik. Rapi kan agar bulu mata terlihat semula jadi dan telah melekat sempurna. Biarkan selama 30 saat supaya gam berkenaan benar-benar kering.

Sempurnakan Riasan Mata
Setelah posisi bulu mata palsu sesuai dan gam telah kering, sapukan maskara untuk mem buat bulu mata terlihat lentik dan eyeliner cair hitam pada garis atas bulu mata untuk menutupi warna gam tadi supaya bulu mata asli dan bulu mata palsu terlihat menyatu sempurna.

Cantik Di Mata
Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.



BigLuv
Qasehmansya

Tuesday, May 24, 2011

Anak Rita Rudaini..Comelnyer...


Airit Rafqa Arjuna
  Nie la anak rita rudaini.. Sangat comel...



 BigLuv
Qasehmansya

Bercuti....Yahoooo

Oh..sangat  la best... Lagi 2hari school holiday..Yahooo!! Plan nak g cuti-cuti...tambah-tambah 26hb nie Ulangtahun yang ke 4.. :) So percutian yang pertama di Cameron Highlands... Bestnyer...Booking Hotel semua berjaya... N nak g Honeymoon ke Penang... saya booking di sini... 

 Mula2 takut jugak nak pakai agent tapi diyakinkan oleh seorang sahabat.. tq watie... :) so Tak sabar nak pergi bergumbira bersama Mr.Putra Qaseh & My Qaseh..

Jangan tak tahu... Tadi sama2 dah ngemas baju..hahaha siap packing dalam beg dah... (Nikon D3000 sudah dicharge dengan full) So cuti-cuti malaysia.. :) semoga selamat pergi dan balik...

 Nak naik nie jugak.. :)

Meh baca ada sikit Tips saya dapat dari Majalah nie..Mana tau geng2 pun nak g bercuti......

Pergi bercuti bermakna perlu ada bajet yang mencukupi. Apatah lagi bila ada beberapa orang anak yang masih kecil. Keinginan pergi bercuti kadang kala terhenti bila memikirkan kosnya yang banyak.
Bagaimana hendak pergi bercuti dengan kos yang minimum? Ikuti tip-tip yang disediakan untuk anda.


Buat perancangan awal
Rancang percutian keluarga lebih awal, sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan lebih awal daripada tarikh ingin bercuti. Ia untuk memastikan anda cukup masa memilih destinasi, tempat penginapan dan pengangkutan yang sesuai dan menjimatkan.
Tentang kewangan, peruntukan sejumlah wang untuk aktiviti tersebut setiap bulan. Misalnya, ketepikan dua atau tiga ratus setiap bulan. Pasti bila tiba masanya, wang tidak lagi jadi masalah.

Pilih masa yang sesuai
Jika boleh elakkan daripada bercuti sewaktu musim perayaan ataupun cuti sekolah. Cara ini sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak belum bersekolah.

Tempat penginapan
Pilih tempat penginapan yang sesuai dengan kuantiti keluarga anda. Jika ahli keluarga kecil, bilik hotel atau chalet sangat sesuai. Tetapi untuk keluarga yang besar, pemilihan apartment mungkin dapat meminumkan kos
.
Memasak sendiri makanan
Ini sungguh menjimatkan. Terutamanya bagi keluarga yang besar. Pilih apartment yang mempunyai dapur untuk memasak. Anda boleh membawa barangan keperluan memasak dari rumah. Jadi, tidak perlu membelinya di tempat percutian kerana harganya mungkin mahal sedikit.  Jika tinggal di hotel bawa sendiri makanan atau minuman ringan kerana apa yang disedikan dalam mini  bar akan dikenakan bayaran yang mahal dibandingkan dengan harga di luar.

Masak makanan yang ringkas
Jika memilih untuk memasak sendiri, tidak perlu menyusahkan diri memasak hidangan yang susah. Pilih sahaja masakan yang ringkas dan mudah.

Bawa bekal
Berjalan dengan kanak-kanak memang banyak kerenahnya. Apa yang dilihat pasti mereka hendak beli. Pastikan sebelum berjalan, anda sudah memberi mereka makan atau bawa sendiri makanan ringan yang menyihatkan dalam beg anda.
Beli yang perlu
Bila melancong pasti ada sahaja buah tangan yang hendak dibeli. Belilah barangan yang tidak ada di tempat kita ataupun yang setimpal dengan harganya. Jangan biarkan diri tertipu dengan pelbagai tawaran. Ingat! Berbelanja ikut keperluan bukan kemahuan.

ps: saya kalau bercuti memang suker mencari makanan yang best...:)

BigLuv
Qasehmansya

Monday, May 23, 2011

Anak Lemas dalam kereta..Ayah tak sedar



Al-Fatihah kepada keluarga mangsa..Sayu saya baca cerita nie..


MACHANG: Tidak sampai sejam selepas mengusung jenazah sepupu, seorang pengawal keselamatan terpaksa pula memikul jenazah anak perempuan yang berusia tiga tahun apabila kanak-kanak itu lemas akibat ‘tertinggal’ sejam dalam Perodua Kancil miliknya di Kampung Morak, Palekbang, Tumpat, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari penduduk kampung selepas anak bongsu daripada enam beradik itu, Nor Izzyan Natasya Ishak, dilihat dalam keadaan tidak bermaya dan kepanasan di tempat duduk belakang kereta bapanya yang berkunci.

Pada masa sama, Ishak Salleh, 50, yang tergerak hati melihat kemungkinan anaknya tertinggal dalam kereta, memberi kunci kenderaan kepada seorang sepupunya supaya meninjau sebelum kakaknya, Che Mas Salleh, 55, memberitahu anaknya tidak bermaya.

Penduduk kampung cuba memberi bantuan pernafasan melalui mulut ke mulut berikutan keadaannya terlalu lemah dan mangsa menunjukkan reaksi apabila muntah, namun apabila tiba di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, Tumpat, doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia pada jam 12.05 tengah hari kelmarin.

Ishak berkata, dia turun dari kereta mengusung jenazah sepupunya yang dibawa ke tanah perkuburan sehingga terlupa membawa anaknya keluar bersama.

“Memang saya tidak menyangka kejadian itu. Saya sangka anak saya mengikut ibu dan bapa saudaranya naik ke rumah sepupu kami, tetapi tidak menyangka berlaku sebaliknya apabila dia (arwah) ‘tertinggal’ dalam kereta yang terkunci.


“Ketika pulang daripada urusan pengebumian jenazah, barulah saya teringat anak dan mungkin berlaku kejadian tidak diingini kerana keadaan di luar begitu panas menyebabkan saya mendapatkan bantuan sepupu untuk melihatnya di kereta,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sat, Machang, semalam.

Ishak yang juga ketua pengawal keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota di Kota Bharu berkata, tidak sampai beberapa minit, dia dihubungi kakaknya yang memaklumkan mengenai keadaan anak yang tidak bermaya.

“Hati saya begitu sebak dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Kakak memberitahu keadaan anak saya begitu lemah selepas ditemui di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan muka disandarkan di belakang tempat duduk hadapan kereta saya sebelum diberikan bantuan pernafasan penduduk kampung.

“Dia memberikan reaksi dengan muntah sebelum kakak mengusung dan membawanya ke klinik berdekatan untuk rawatan, tetapi Allah lebih menyayanginya dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya./

baca lagi  disini




BigLuv
Qasehmansya


Sunday, May 22, 2011

Lelaki pun Takut ker....



Secara lahiriah, lelaki kelihatan kuat, gagah dan perkasa berbanding wanita. Namun, di sebalik susuk tubuh yang hebat itu sebenarnya terselindung beberapa ketakutan yang bisa menggugat kewibawaan mereka sebagai lelaki.

1. Takut Sekiranya Karier Pasangan Lebih Baik

Perasaan takut dalam diri lelaki akan muncul andai karier pasangannya lebih baik daripadanya. Karier yang baik membawa maksud kedudukan status kerjaya sekali gus jumlah pendapatan yang diperolehi oleh pasangan lebih tinggi berbanding dirinya. Keadaan ini secara tidak langsung mengundang perasaan yang kurang enak pada diri seorang lelaki sehinggakan timbul persepsi bahawa diri mereka tidak begitu berharga di mata pasangan.

2. Takut Hilang Kepercayaan Diri

Lelaki pada dasarnya amat takut sekiranya dikatakan tidak mampu berhadapan dengan sesuatu keadaan yang sulit. Sebagai contoh, sekiranya dia sudah tidak mampu memperbaiki atau mengukuhkan keadaan ekonomi keluarganya. Ini kerana ketidakupayaan berbuat demikian boleh menjatuhkan air muka mereka sekali gus mempamerkan kelemahan diri sebagai ketua keluarga.

3. Takut Hilang Pekerjaan

Ibarat irama dan lagu, lelaki dan dunia pekerjaan tidak dapat dipisahkan. Kehilangan pekerjaan bagi seorang lelaki bukan bermakna mereka tiada pekerjaan tetapi dalam masa yang sama hilang harga diri. Bagi lelaki, kerjaya begitu dekat dengan diri mereka. Mereka seumpama kehilangan kaki dan tidak tahu apa yang harus dilakukan sekiranya tidak mempunyai pekerjaan.

4. Takut Dikatakan Tidak Berkualiti

Adalah sesuatu yang amat memalukan bagi lelaki sekiranya isterinya sendiri menyatakan bahawa dirinya bukanlah seorang suami atau bapa yang baik. Meskipun benar, namun hakikat tersebut terlalu pahit untuk diterima. Pada ketika ini juga mereka akan berasa bahawa mereka gagal menjadi seorang suami yang baik, tidak dicintai isteri dan tidak diterima anak-anak.

5. Takut Ghairah Seks Menurun

Penurunan ghairah seksual adalah satu kebimbangan paling besar buat seorang lelaki. Mereka bukan sahaja khuatir tidak lagi mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya tetapi dalam waktu yang sama terbit perasaan bahawa dunia ini seolah-olah telah kiamat. Bagi lelaki, ketiadaan ghairah seks dalam hubungan boleh menjadi penyebab kepada keretakan dan hubungan bersama pasangan menjadi hambar. Tidak hanya dengan itu, kekurangan ini juga membuatkan wujud perasaan takut akan ditinggalkan pasangan.

6. Takut Meminta Maaf Terlebih Dahulu

Lelaki adalah pelindung dan pemimpin bagi kaum wanita. Maka, atas alasan inilah kaum lelaki sedaya upaya cuba mempertahankan kewibawaan dirinya terutama di mata seorang wanita. Seboleh-bolehnya, mereka tidak mahu dilihat salah dan meminta maaf terlebih dahulu kerana bimbang kewibawaannya sebagai lelaki akan tercalar. Pun begitu, di sebalik ego tersebut, lelaki sebenarnya amat takut apabila dilabel sebagai takut pada isteri.

7. Takut Menjalani Pemeriksaan Kesuburan

Berbicara mengenai isu kesuburan, lelaki sentiasa menganggap dirinya subur dan tidak bermasalah. Justeru, tidak hairanlah mengapa mereka enggan menjalani pemeriksaan kesuburan sebelum atau selepas berkahwin. Apa yang pasti, peratus keengganan lelaki untuk menjalani pemeriksaan kesuburan selepas berkahwin adalah lebih tinggi berbanding wanita. Sekiranya isteri tidak hamil meskipun telah beberapa tahun berumah tangga, lelaki biasanya akan menuding jari menyalahkan isterinya dengan mengatakan bahawa pasangannya tidak subur. Bagaimanapun, sekiranya diajak untuk menjalani pemeriksaan kesuburan, kebanyakan lelaki akan menolak. Padahal untuk memastikan tahap kesuburan, bukan hanya wanita sahaja yang perlu menjalaninya tetapi suami juga perlu berbuat demikian.

8. Takut Menemani Isteri Di Bilik Bersalin

Bagi sesetengah lelaki, pengalaman menemani isteri di bilik bersalin adalah sesuatu yang menakutkan. Menyaksikan kesukaran isteri melahirkan, melihat darah dan melihat sendiri proses kelahiran bayi menyebabkan kaum bapa mengalami trauma. Malahan bukan itu sahaja, ada juga yang jatuh pengsan disebabkan terlalu takut melihat situasi tersebut.

9. Takut Ceritakan Kisah Lampau

Lelaki berasa amat takut menceritakan kisah silamnya terutama kisah yang membabitkan masalah percintaan mereka yang kelam. Seboleh-bolehnya, mereka enggan mendiskusikan perkara ini apalagi jika berakhir dengan perpisahan. Ini kerana lelaki sebenarnya fobia sekiranya perkara seumpama ini terjadi dalam hidup mereka.

10. Takut Ditolak

Kebanyakan lelaki berasa perempuan bersikap terlalu kritikal kepada mereka. Ini menyebabkan mereka takut untuk bersikap terbuka kerana bimbang ditertawakan oleh pasangannya. Sebenarnya, lelaki mudah terasa dan rapuh hatinya meskipun terlihat kuat dari zahirnya. Jadi, penting bagi seorang wanita unutk memahami ego pasangannya




BigLuv
Qasehmansya


Nie cili ker cibai nie....

Tajuk kat atas tu salah taip la...
Tajuk untuk entry nie ialah " Nie cili ker cabai nie..."
Jom tengok kat bawah nie
.
.
.
.


Mak ai.....
Cili cam ni ada jual kat Malaysia ker...
Jangan cakap banyak-banyak la... kang i cili mulut u all nanti...



BigLuv
Qasehmansya

Saturday, May 21, 2011

Terima Dia Seadanye...



Ikatan cinta yang dibina bertahun-tahun sebelum disimpul dengan ikatan perkahwinan bukan jaminan kepada keutuhan rumah tangga.

Malah banyak perkahwinan yang cuma bertahan beberapa bulan mahupun hari, biarpun pasangan sudah saling mengenali dan bercinta berbelas tahun.

Ada pula suami isteri hanya sekadar pada nama sedangkan makan tidak semeja, tidur tidak lagi sekatil.

Apabila ditanya, mereka akan menjawab, semua itu berlaku kerana sudah tidak ada persefahaman.

Benarlah kata orang alam percintaan dan perkahwinan sangat berbeza.

Pasangan suami isteri perlu menyedari pentingnya untuk mengenali dan memahami segala perkara mengenai pasangan masing-masing.

Bukanlah sesuatu yang susah untuk menjaga hati seorang lelaki atau sebaliknya dan memastikan si dia setia dengan anda.

Tidak banyak yang si dia inginkan dari anda. Cukuplah sekadar memahami apa yang mereka impikan dari seorang wanita mahupun lelaki.

Malangnya, tidak ramai para isteri atau suami berjaya memahami pasangan, gagal menawan hati si dia dan sebagainya.

Ini kerana anda tidak pernah mengetahui dan mengenali sikap dan perilakunya sebenar.

Setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelemahan masing-masing, begitu juga dengan si dia.

Semasa di alam percintaan dan pertunangan mungkin tidak dapat mengesan kekurangan dan kelemahannya. Setelah berumah tangga baru keadaan ini terserlah.

Sudah tentu keadaan ini amat mengecewakan, lama-lama kekurangan keadaan itu akan menjadi api dalam sekam dalam kehidupan.

Inilah antara punca keretakan rumah tangga di mana rasa tidak puas hati akan mengganggu keharmonian suami isteri.

Bagi pasangan yang ingin terus kekal bahagia, mereka perlu berusaha untuk belajar mengubah sikap yang suka melihat kelemahan antara satu sama lain dan mengamalkan sikap menerima pasangan kita seadanya.

'Menerima' bermakna mengiktirafkannya seperti mana diri kita sendiri yang ada keistimewaan dan kelemahan, dengan pandangan terbuka di samping saling mengagumi nilai-nilai baik yang ada pada diri pasangan, segala konflik yang timbul akan dapat diatasi.

'Penerimaan' bermaksud sekadar menerima pasangan sebagai diri beliau seadanya. Kita menerima cara, harapan dan impiannya atau mungkin juga sebagai seorang yang tiada impian.

Kita juga perlulah menerima idea, minat dan juga kelemahan suami, termasuklah juga menerima kekurangan dalam personaliti atau apa-apa pegangan terhadap agama atau politik.

Dalam situasi ini, suami atau isteri perlu menerima hak pasangan untuk menjadi dirinya yang sebenar. Kita mungkin tidak setuju dengan ideanya, tetapi kita hormati hak si dia terhadap pandangannya itu.

Secara ringkas, penerimaan bermaksud menerima si dia sebagai manusia biasa yang memiliki nilai baik dan ada pula kelemahan. Isteri atau suami tidak berasa bimbang dengan kelemahan pasangan kerana dia hanya melihat kebaikan yang dimiliki.


BigLuv
Qasehmansya

Kredit to: 
Zuhayati yazid 

Nak Jadi Menantu yang Baik...


Wah..Tajuk Entry nie... Sapa yang tak mau jadi menantu yang baik... kalau tanya saya...saya angkat tangan +kaki tau... :P Alhamdullilah bila saya dapat ibu mertua semuanyer okey.. Ibu mertua saya Orangnyer lembut.. Sepanjang saya kawin tak pernah dengar suaranyer tinggi... Selalu dengar dia nasihat anak2 jer... Bertuah badan.... 

Bagi korang yang nak jadi menantu yang baik nie ada tips. Saya tak kata saya seorang menantu yang baik tapi saya mengharapkan keluarga disebelah suami saya terima saya seadanya...Alhamdullilah sepanjang perkahwinan saya tiada lagi masalah yang timbul saya harap berkekal hingga akhir nanti.


Jom Check Tips berguna bagi korang yang nak Tackle hati ibu mertua.




glitter - http://www.sparklee.com


1. Anggaplah ibu mentua seperti ibu sendiri. Dengan ini kita tidak akan kecil hati apabila dimarah, atau ditegur. Tatkala ditegur atau dimarahi, kita kena fikir bahawa semua itu hanya sebab mereka sayangkan kita, dan demi kebaikan rumah tangga kita.

2. Sebagai menantu, kita haruslah mengalah. Memang benar, mentua bukan sentiasa betul, tetapi kita ambillah masa untuk memahaminya. Janganlah terus membangkang apabila tidak bersetuju dengan mentua. Bertolak ansur itu merupakan sifat yang penting dalam kehidupan.

3. Elakkan konflik dengan mentua kerana akhirnya akan melibatkan suami. Teruklah apabila suami terpaksa memilih untuk berpihak sama ada ibu sendiri atau isteri. Hal ini berlaku kerana, di sebelah ibu dan sebelah lagi adalah isteri. Kedua-duanya sangat penting bagi suami seperti ‘ditelan mati emak, diluahkan mati bapak’.

4. Hiburkanlah hati mereka dengan memberi hadiah. Hadiah yang diberi tidak perlu terlalu mahal, walaupun hanya lauk pauk yang telah dimasak. Apabila berkunjung ke rumah mentua, bawalah buah tangan sebagai tanda kita mengingati mereka.

5. Jangan laporkan perkara yang tidak baik tentang suami kepada ibu mentua. Selalunya, tiada ibu yang tidak kenal akan anaknya sendiri. Kadang-kala, mentua sendiri akan datang pada kita dan memberitahu perangai anaknya sendiri. Jadi, hal-hal rumah tangga seelok-eloknya perlulah disembunyikan, melainkan sampai di satu tahap yang sangat teruk, bolehlah meminta nasihat daripada mentua. 

6. Hantarkan gelombang positif. Sebagai menantu, kita perlulah bersangka baik dan sayang pada mentua. Hal ini berlaku kerana mereka juga seperti ibu bapa kita sendiri dan janganlah berburuk sangka pada mentua.

7. Berbaik-baiklah dengan semua ipar duai. Janganlah menikam belakang atau memburuk-burukkan ipar duai, dan jangan sekali-kali campur tangan masalah rumah tangga adik-beradik kita dengan menjadi batu api dan sebagainya.

8. Setiap hari, jangan lupa untuk mendoakan mentua dengan bersungguh-sungguh. Doakan kesejahteraan, kesihatan, kesenangannya, ringankan bebanannya dan lain-lain.Berilah khidmat seperti memasak, dan beri pertolongan kepada mentua dengan perkara-perkara yang kita mampu lakukan. Buatlah dengan seikhlas
hati.

9. Jadilah menantu yang soleh atau solehah. Beriman, boleh diharapkan, pandai menjaga rumah tangga, pandai mengambil hati, penuh kasih sayang, dan sebagainya. Ingatlah bahawa: “Reda Allah pada seseorang anak adalah bergantung kepada reda daripada ibu bapa anak tersebut”.



Ps: semoga kita sama-sama perbaiki diri kita... Hormati orang tua...sayangi mereka..:)

BigLuv
Qasehmansya




sumber: majalah pengantin

Bila Hanjing pun 18sx( Aku nak ping Entry nie pun segan)



Pesanan dari pihak penaja: Aku nak Publish Entry nie pun segan..Siap Tutup mata lagi...:P




Cerita dibawah tiada kena mengena dengan cerita dibawah.




Boringnyer malam nie.. My hubby g masjid..MyQaseh sudah tido...Pusing kanan..pusing kiri...Google punyer Google.... Cek email2 yang penuh sawang terjumpa email lama...Ntah la Citer agak mengarut.... Korang nak baca..baca la..Tak nak pun tak pa... :P






Di sebalik semak sebuah taman bunga di pinggir ibu kota, berehatlah satu couple, Tomy & Angela yang baru saje selesai ber'ehem-ehem'... .
Tomy tersandar disebalik pokok, keletihan. Angela pulak masih berbogel.
" Sayang... .. I dah boring laaa... . asyik-asyik I je yang kena tonggeng... ." ujar Angela memecah kesunyian. Tomy tidak menjawab sebaliknya memalingkan muka ke arah lain... Sudah bosan agaknya dengan Angela.
"Sayang dengar tak ni... .. I dah boring laaa... . asyik doggie je... Kita cube la cara lain lak... " tegas Angela lagi.
"Hmmmm... ." jawab Tomy acuh tak acuh seperti malas nak bertekak dengan Angela.
"Kalau sayang tak nak tukar style kita break-off je lah... ." kali ini Angela nekad dgn keputusannye.
"Hoih... . ini yang aku malas nak bertekak ni... .. pasal main pun nak bergaduh... terima je la doggie... itu je yang kita buleh buat... kita kan anjing. Ko penah dengar ke anjing buat 69?!!!" marah Tomy kepada Angela yang terus lari balik ke rumah tuannya di seberang jalan. "kaing..kaing... kaing... 



BigLuv
Qasehmansya

MITOS & FAKTA dalam Dunia Cinta





MITOS: Cemburu mahupun kekerasan yang seringkali dilakukan pasangan merupakan suatu bentuk perhatian kepada kamu. Sikap dan kelakuannya itu juga dapat dijadikan bahan bukti atau tanda cinta yang telus dalam melayari dunia percintaan berdua.

Fakta: Cemburu ada batasnya. Itu bukan namanya cinta sejati atau bukti kasih sayang yang begitu mendalam terhadap kamu. Malah, si dia berupaya mengongkong kamu agar patuh, tunduk dan sentiasa menurut segala kemahuannya.

MITOS: Korban kekerasan atau sanggup membiarkan diri dikotak-katikkan semata-mata untuk memuaskan nafsu cintanya. Korban diri ini bukan sahaja dapat membuktikan sejauh mana cinta kamu terhadapnya malah menjelaskan tahap kesetiaan yang begitu mendalam. Jadi, korban diri sendiri menyebabkan punca berlakunya kekerasan.

Fakta: Pasangan akan tetap melakukan kekerasan itu meskipun kamu tidak pernah membangkitkan sebarang kesalahan mahupun tiada sebarang punca yang berbangkit. Kadangkala, dengan cara menyalahkan diri kamu, pasangan berupaya membela diri dan melemparkan kesalahannya dengan cara melakukan keganasan seksual.

MITOS: Jika si dia mula memohon maaf di atas segala kesalahan yang dilakukan ke atas diri kamu sehingga dia bersumpah tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka kamu berasa sudah aman dan meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada dirinya bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan lama itu lagi.

Fakta: Kebiasaannya, titik hitam yang masih bertapak di dalam hati seseorang pasangan akan kembali pada pola lamanya. Sesudah melakukan kekerasan atau melepaskan geram yang tiada sebabnya, si dia seringkali meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Oleh itu, kamu harus waspada kerana janji-janji itu begitu sulit untuk dipercayai.

MITOS: Setelah melakukan kekerasan kepada diri kamu, si dia dilihat semakin mesra. Sehingga adakalanya kamu berserah sahaja segala perbuatan yang dilakukan, tanpa rasa marah dan kecewa.

Fakta: Ini merupakan salah satu pandangan yang begitu memesongkan. Sekiranya kemesraan yang dilemparkan itu berterusan, dia patut dipuji, tetapi sekiranya ia terhenti di tengah jalan, bencana yang akan kamu cari.

MITOS: Janji manis. Sekiranya si dia sudah berjanji akan bertanggungjawab di atas segala perbuatan terkutuk yang pernah dilakukan bersama, maka kamu akan menaruh harapan dan mempercayai segala kata-katanya itu.

Fakta: Hati-hati dengan janji manis atau rayuan yang dilontarkan lelaki di saat dia memaksa kamu melakukan sesuatu untuknya.

MITOS: Pasangan berhak melakukan apa saja memandangkan kamu sudahpun menjadi miliknya, walaupun baru sahaja mengikat tali pertunangan.

Fakta: Tiada seorang pun yang berhak melakukan apa jua perkara yang bertentangan dengan diri kamu selain diri sendiri. Ingat, insan yang bergelar kekasih sememangnya tidak berhak memperlakukan kamu dengan sewenang-wenangnya.

BigLuV
Qasehmansya

Friday, May 20, 2011

Ada kena mengena ker semua nie [wajib baca]



Ps: Sila baca untuk faham oke :P


1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir :P





BigLuv
Qasehmansya

Bila MAKCIK tua bergosip.....Tua Terkutuk.. :P



Maharaja Lawak minggu ke 8 nie saya nak bagi kredit kat kumpulan sepah...Memang terbaik la lawak.. Original lawak dari idea dorang... Omg.. Sampai jari disangka Lengkuas.. :)



Bigluv
Qasehmansya

Thursday, May 19, 2011

Jom Bunuh Syaitan (18sg)


Teringat seorang ustazah cerita pada saya. Tak sangka jumper pulak kisah nie sebijik 
macam dia cerita pada saya.. Kaum lelaki @ suami tentu suka baca entry nie... selamat membaca....




Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematin isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.


Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.... 

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/ bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"





Ps: amboi..gelak sakan yer....

BigLuv
Qasehmansya

Chegu Zubir Promote Blog Anda

Syarat-syarat dia mudah jer... Meh baca nie....

Pesanan nie ditulis oleh penaja..:) Segmen baru oleh owner nie... CheguZubir Atau klik sini nak join

salam semua...segmen kembali..kali ni...c.z nak promote blog korang...kepada siapa-siapa yang sudi join....dipersilakan...mudah je syarat die
1) buat satu entry : Tajuk : Segmen " Chegu Zubir Promote Blog Anda"
2) letak header c.z ni

http://4.bp.blogspot.com/-v5uWjXJU2OM/TcLfiMOLdSI/AAAAAAAAAPk/L1ZLeVdhZvo/s1600/cz.jpg

3) ok...lepas tuh bagi url korang yang mampu menarik pembaca...satu je yer...
4) tag la kawan-kawan ( tak nak buat pun tak pe)
5) letak url entry pada komen entry ni yer
6) setiap yang join...c.z akn letak header blog korang dan juga promote blog korang...nak tak???
7) segmen akan berakhir 20/05/2011 jam 1159 malam...cepat-cepat join 


Ok..so saya nak ikut syarat nyer..

1. Untuk letak Url menarik tu saya nak letak yang nie la...PETUA TAHAN LAMA (sebab mintak satu..saya letak satu jer..)
2. Syarat nak tag kawan tu saya tak buat la..Biar follower saya baca kat dashboard..tentu dorang nak join..lagi ramai lagi bagus....
3. Nahhh...letak plak header blog saya yang comel nie kat sini...taraaaa....



Ok untuk info: 20 Mei nie tutup la segmen nie.. Meh sama-sama kita meriahkan segmen nie...



BigLuv
Qasehmansya

Benda Mudah nak BAHAGIA...


Perkara Mudah Namun Membahagiakan Pasangan

Sebagai suami yang bertanggungjawab, kebanyakannya lelaki sanggup melakukan apa saja demi menggembirakan pasangan. Ada yang sanggup menyabung nyawa malah mengeluarkan belanja yang besar untuk membahagiakan isteri. Namun begitu ada kalanya perkara yang cukup mudah dilakukan juga sebenarnya memberi kegembiraan yang lebih bermakna. Antaranya seperti berikut:

1. Jangan Cari Masalah
Jangan juga cari masalah yang boleh membuatkan perhubungan anda bermasalah. Namun kita sering kali terlupa dan terlena dengan setiap tindak tanduk mereka. Justeru itu, jika anda inginkan kebahagiaan, jangan sesekali mencari masalah atau selesaikannya secepat mungkin jika timbul masalah.


2. Hubungan Seks Berterusan
Ia sebenarnya mampu membuatkan hubungan anda lebih baik dan menggembirakan biasanya lelaki sangat gembira. Satu kajian di luar negara yang dilakukan ke atas 16,000 orang mendapati dari melakukan hubungan seks sebulan sekali kepada seminggu sekali, hidup mereka lebih bahagia. Semasa hubungan seks, hormon endorfin akan merembes keluar sekali gus memberikan kebahagiaan.


3. Keluar Bersantai
Dalam usia yang semakin meningkat, jangan sesekali anda duduk memerap di rumah sahaja. Ini akan membuatkan anda berasa bosan dengan kehidupan. Apa kata, bawa pasangan keluar dan nikmati cahaya mata hari kerana ia bukan saja baik untuk tubuh tetapi juga terapi anda. Keluarlah bersantai menikmati pemandangan sekurang-kurangnya 30 minit sehari dan anda akan mendapati ia memberi kelainan dalam hubungan.


4. Menerima Seadanya
Bergaduh, bertengkar dan sebagainya akan membuatkan anda tertekan. Bagi membolehkan anda bahagia dan pasangan gembira, maafkanlah setiap perbuatan, bersedia menerima apa juga kelebihan dan kekurangan serta sebagainya. Insya-Allah, anda akan bahagia.


5. Beri Privasi
Ada kalanya pasangan memerlukan ruang privasi mereka tersendiri. Tidak semua perkara memerlukan pandangan dan pendapat anda. Ia sama seperti tidur, ada masanya anda perlukan tidur yang sangat nyenyak (maksudnya tidak diganggu oleh pasangan yang mahukan hubungan seks), jadi hormatilah diri pasangan, baru anda akan peroleh bahagia itu.


6. Hobi Baru Setiap Tiga Bulan
Hobi adalah satu perkara yang boleh mendatangkan semangat dalam hubungan. Lebih menarik lagi jika anda mampu merancangnya bersama pasangan. Melalui hobi, anda boleh menemui kawan-kawan dan aktiviti-aktiviti baru sekali gus membuatkan hubungan anda bertambah erat. Rancanglah aktiviti baru setiap tiga bulan. Insya-Allah, ia mampu membuatkan hubungan anda lebih intim.


7. Rancanglah Aktiviti
Jangan sesekali membuat perancangan saat akhir kerana kita tidak tahu apa rancangan pasangan kita. Bila sudah merancang lebih awal, anda dapat membuat banyak perkara. Percayalah, anda akan lebih gembira dengan apa yang anda buat.


8. Bercuti
Inilah antara perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan terutama bagi mereka yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Kadang-kala bila menyebut soal bercuti, mereka akan terbayangkan kos yang sangat mahal, belum masuk hotelnya, kos makan dan sebagainya namun sebagai lelaki yang bijaksana dalam mentadbir keluarga, anda perlu merancang segalanya dengan teliti agar pasangan berasa bahagia.


9. Rancang Apa Yang Anda Ingin Makan
Makanan ibarat vitamin bagi tubuh, kalau terlebih makan ia akan membawa kemudaratan tetapi kalau kurang makan, anda boleh dijangkiti penyakit. Sebaik-baiknya, rancanglah bersama pasangan apa yang anda ingin makan, kalau boleh biar anda bersama-sama melakukannya agar pasangan tidak berasa dirinya seperti orang gaji di rumah. Percayalah, ia akan lebih membuatkan hubungan anda bertambah erat jika anda merancang segalanya dengan pasangan



BigLuv
Qasehmansya


Sumber: Majalah Wanita

Perempuan Benci 5 ayat ini..

Kalau korang nak perempuan tu mood dia tak terusik..jangan la gatal-gatal mulut g tanya soklan yang sensetip macam kat bawah nie... Orang perempuan kejap jer tersentap....kalau tak
tersentap tu tak jiwa wanita la....






1. “Cuba tengok perempuan tu…”
Janganlah berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya, anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin juga tetapi cubalah tengok akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita anda.


2.“I punya ex-girlfriend dulu….”
Ayat ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita anda. Kalau anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan dituduh tidak setia dan anda masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about her adalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan dengar ayat-ayat seperti “you dah tak sayang I lagi”, “you lebih suka ex you“, dan lain-lain lagi yang hanya akan memanaskan telinga anda.


3.“Perangai you macam mak you lah.”
Sakit ke bang? Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau you cakap macam tu, takut dia salah faham dan ingat you kata dia tua dan seorang yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak akan suka.


4."I tak sukalah baju tu…”
Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka.


5.“Takyahlah nak emo…”
Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu!


Ps:Camner..ada paham tak sekarang..Kalau sayangkan perhubungan tu jangan la gatai-gatai mulut g tanya soklan2 sensetip tu okey.......Sayangilah orang yang anda sayangi sebelum dia menyanyangi orang lain.... :P


BigLuv
Qasehmansya

Malware Oh Malware

Mungkin anda sudah sering mendengar istilah Malware, namun kurang tahu maknanya.

Malware” adalah program komputer yang diciptakan dengan maksud dan tujuan utama mencari kelemahan software. Umumnya Malware diciptakan untuk membobol atau merusak suatu software atau operating sistem.
Contoh dari malware adalah Virus, Worm, Wabbit, Keylogger, Browser Hijacker, Trojan Horse, Spyware, Backdoor, Dialer, Exploit dan rootkit




Sure blogger-blogger ada yang terkena jangkitan Malware durjana nie.. Huh... tak per... Walau pun saya tak berjaya membuang sendiri malware tu tapi saya nak bagi kredit dekat Tuan punyer blog nie...
Doktor Malware  (kredit to Eddy )
Jom terjah blog Tuan yang baik budi nie...

Sedikit info mengenai MALWARE nie...

Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.


Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicius’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer. Mereka mencipta Malware seperti cecacing internet dan beberapa virus lain bagi tujuan untuk menguji kemahiran komputer yang dimiliki serta ingin melihat sejauh mana kejayaan mereka menyebarkan virus yang dicipta.


Salah satu Malware yang mula-mula disebarkan adalah cecacing yang telah direka oleh seorang pelajar Cornell University, Robert Morris pada tahun 1998. Tujuan asalnya ialah untuk latihan bagi menguji dan mengukur saiz Internet. Namun telah berlaku kesilapan dalam pengekodan menyebabkan cecacing tersebut telah berupaya menyalin semula dan tersebar meluas ke beribu-ribu komputer di seluruh dunia.



BigLuv
Qasehmansya

Pisang Oh Pisang...

Apasal selalu kalau sebut pisang korang pikir lain ek..Korang tau tak kegunaan pisang nie. Banyak khasiat tau tak....
percaya la...Jangan nak kuning jer otak tu....



Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.



PMS:
Lupakan pil-pil hospital  makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.



Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi  garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.


Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

      Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cubasapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .



Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.



Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit.
Jom layan gambo pisang..
Kadang-kadang pisang nie nampak comel mcm kat bawah nie..

tapi kalau Otak pikir lain..boleh jadi macam nie pulak...
Tengok bawah..


Ps: Patut la monyet-monyet kat hutan tu sentiasa aktif bergumbira kat atas pokok...hehehehe


BigLuv
Qasehmansya

Tajuk 18sx Menjadi PILIHAN

Korang bior betul...Nie betul nie.. Popular Post sebab tajuk entry...Walau pun tajuk entry tu biasa jer tapi kalau ada cenderung ke arah itu..korang sure nak baca.. hehehehe...

Percaya atau tak meh tengok nie.... Tajuk yang paling Glamour kat Blog saya nie tajuk pasal "Abu mengaripap ibunyer didapur"... Tapi memang terkejut tengok pageview dari pembaca...2nd plak tajuk panas "PETUA tahan 'lama' & "Makan BAWANG untuk memekatkan air Tuttt"....



Tengok tajuk KARIPAP pun jadi popular post:)
Sebenarnyer tak pun citer pasal apa..tak sentuh pun pasal ke arah 18sx
meh kalau nak tengok kat bawah nie...




Apa-apa pun Tq la sudi baca walau apa pun tajuk entry kat blog nie...
Tak kira tajuk apa asalkan tidak mendatangkan dosa..
Bak kata seorang Blogger.. Biar Trafik sikit tapi pahala banyak dari Trafik banyak tapi dosa pun banyak..

 Selamat berblogging!!!
BigLuv
Qasehmansya