Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Friday, October 12, 2012

Full Movie- Untuk 3 hari

 
 
 
 
 
 
 
Qasehmansya says: Lama mencari n menanti Full Movie nie... jom layan..
 
 

 
 
Untuk tiga hari karya ahadiat akashah Zafrin dan Ujie sama-sama menjalin percintaan semasa bersama-sama menuntut di universiti. Masing-masing merancang untuk melangsungkan perkahwinan. Berbekalkan kekecewaan silam kerana masing-masing pernah melalui keperitan putus cinta bersama pasangan masing-masing, mereka berjanji ...
untuk setia selamanya. Tetapi, mereka dilanda dilemma apabila kedua ibu bapa mereka telah mengaturkan satu perkahwinan. Bagi Ujie, dia tak sampai hati melukakan perasaan ibunya! Begitu juga Zafrin yang semenjak kecil terlalu menghormati emaknya yang tegas! Mereka cuba untuk berterus terang, malangnya, mereka tak punyai kekuatan! Lantas, mereka mengambil keputusan untuk meneruskan juga dengan perkahwinan pilihan keluarga itu… tetapi dengan satu syarat! Mereka berjanji hanya akan berkahwin untuk tiga hari sahaja! Dan, mereka tidak akan sesekali meniduri pasangan masing-masing….. Gila? Tetapi itulah yang telah mereka rancangkan dan mereja berjanji, tiga hari selepas hari persandingan… mereka akan menuntut cerai dari pasangan masing-masing! Lalu, mereka aturkan hari persandingan mereka pada tarikh, waktu dan hari yang sama! Ujie melalui sebuah persandingan yang meriah! Dengan kehadiran sanak saudara dan keriangan yang terpancar di wajah ibu bapanya! Begitu juga dengan Zafrin! Akhirnya, persandingan mereka berjalan lancar tanpa sesiapa pun mengetahui rancangan mereka… untuk bercerai tiga hari lagi! Benarkah? Zafrin mengahwini Juwita; wanita tabah dan cantik yang begitu lembut dan pandai mengambil hati suami! Sehinggakan, Zafrin berasa serba salah dan berdosa untuk menceraikannya! Namun, hari ketiga itu semakin hampir…. Begitu juga dengan Ujie yang mengahwini seorang lelaki yang sangat gentleman! Kacak dan cool! Juga, tanpa pengetahuannya, adalah seorang Datuk muda yang merendah diri. Cara dia melayani Ujie dalam masa tiga hari itu membuatkan Ujie akhirnya benar-benar jatuh cinta. Dan, dia merelakan dirinya ditiduri sebagai isteri yang sah! Dalam tiga hari dia bersama, dia mengambil keputusan untuk meneruskan perkahwinannya itu. Zafrin semakin diasak dilemma apabila sepanjang tiga hari bersama, Juwita begitu lembut melayaninya! Begitu tabah dan sentiasa mesra dengannya walaupun dia masih tidak menyentuhi isterinya itu. Lalu, pada hari ketiga, dengan nekad dan tekad, tanpa mengetahui Ujie telah pun melakukan asmara dan melanggari janji mereka, Zafrin menceraikan Juwita, demi janjinya kepada Ujie itu…. Alangkah hancurnya hati Juwita; seorang wanita, isteri yang begitu setia dan tabah menerima Zafrin sebagai suami! Hanya untuk diceraikan selepas tiga hari dikahwini tanpa disentuhi. Juwita merasakan dirinya amat terhina sekali! Namun, dalam ratap tangisnya dia merayu agar perceraian mereka itu dirahsiakan untuk sementara waktu kerana tidak mahu pihak keluarganya dipandang hina. Tetapi, sewaktu Zafrin menerima e-mail dari Ujie mengatakan dia tidak jadi bercerai dan dia telah pun melanggari janji dengan melakukan asmara bersama suaminya itu, Zafrin rasakan langit bagi roboh menghempap kepalanya! Dia terasa dirinya diperbodohkan! Dan, apabila dia pulang ke rumah malam itu, merayu Juwita untuk rujuk dan menerima dirinya semula sebagai suami, Juwita telah menolaknya. Zafrin… ditinggalkan di dalam dilemma dan kehancuran jiwa yang lara.

Thursday, October 11, 2012

lip lap lip lap

 
 
 
Mencari lampu nie banyak series jelajah...
nak kata banyak series sebaab sejak lst year dah mencari lampu..cari kat nilai
yang lucu tuan rumah boleh dah lupe pattern lama dlu..mcmana rupe tak tau..simpan kemas dalam box..
 
nie last pencarian untuk ruang tamu...
kristal nie berharga Rm6++ setelah ditawar.. beli 2 ketul...
sebab beli:- 1st penat nak mencari pattern moden
2nd kena gan tema silver
3... nie la 1st time beli lampu yang mahal nie...
 
 
 


bawah nie plak kipas panasonic..
5 bilah..4 bilah dan 3 bilah
ada 9 kotak semuanyer...harga not bad sebab ada sale masa tu....
suami isteri tak berminat lampu yang berhias oke..sebab nanti tak laju..so pilihannyer of course la Panasonic..:)


 
 
My qaseh dah kepenatan..upahnyer ialah Tutti Fruti..
qaseh now on diet oke..
ice cream yogurt je boleh.... :P


 
 
lepas abis upah g lagi menyambung mencari lagi..
untuk lampu dinding..
dapat 4 ketul..cukup..jom balik dengan poket kosong..
lalalalala



 
 
Qasehmansya: minggu ni proses wiring... InsyaAllah permudahkan segalanyer. Amin