Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Sunday, July 31, 2011

Full Movie FLAT 3A

Sinopsis (Panjang): Mengisahkan tentang Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan di berikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.

Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari di lakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali di ganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah di ganggu oleh roh kanak kanak. Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah. Pada suatu hari, Fiqah ternampak ibu Fatin sedang berkeliaran di sebatang pokok yang dihiasi dengan gambar dan origami. Dia seperti sedang bermain dengan anaknya. Fiqah berjalan ke arah pokok dan melihat gambar Fatin. Terkejut Fiqah apabila hantu kanak kanak yang asyik mengekorinya itu kelihatan seperti Fatin. Apa kaitan Fiqah dan Fatin?


Layan jom.....

FLAT 3A FULL MOVIE

BigLuv
Qasehmansya

Angkara orang ke 3? Apek oh apek

 Hari nie Hmetro muker surat depan citer pasal apa..kalau tak tahu beli atau tengok jer kat sini...



KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.

“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.

Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.


Baca lagi disini

Saturday, July 30, 2011

Nak tindik telinga tapi pipi berdarah:(

Geramnyer....kesian kat my little princess.. Patut lepas kenatembak telinga tu dia nangis(tersedu-sedu) ruper2 terkepit pipi dia... huh...tapi nak marah tukang tindik tu tak sampai hati.. so senyapjer la


tgk..pipi yang berdarah
sian sangat...sakit woooo


biru & bgkak. :(


Nasib sblah  kanan ni ok... sorry sayang...
Mama sayang anak mama..




Opsss.. jumaat lps kat Giant aa wat sale pamper... apa lagi saya n my hubby shopping sakat 'HUGGIes.. Slalu harga memang mahal... Rm 52 lebih..so skang masa sale rm27 jr...apa lagi borong sakan... 6bungkus borong....



penuh troli ooooo


bigLuv
qaseh mansya


Khairul Fahmi@Apek mengaku sudah putus Tunang?

Dalam surat khabar dah keluar cerita nie..agak terkejut jugak bila baca.. :(
mmm.. tak mau komen apa-apa..just nak kongsi berita sedih nie jer....




petikan dari myMetro kenyataan Apek mengenai Dahlia :-
Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.
Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

menurut apek lagi.....

selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.


 Baca lagi di sini

Pssstttt: Walaupun penuh dugaan tapi Apek tetap terbaek masa game dengan 'singa' tempoh hari...

BigLuv
Qasehmansya