Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Monday, January 31, 2011

AsAM PEdaS TULanG..

   Hari nie Lagi awal keluar mencari Tulang...Tulang lembu nie kena cari cpt2..ara pantai timur mmg banyak.. tp tadi cr kat Jerteh tak de la pulak... nak buat suprise punyer pasal n nak test resepi baru, tekan minyak sampai ker Kelantan @  pasir puteh jer...Alhamdullilah..ada la tulang yg diidamkan..hehehe... sekilo tulang Rm13..beli la sekilo tadi... so hari ni nak try resepi asam pedas tulang...yang spesialnyer asam pedam letak kerisik...sure sedap..selalu kalau saya beli tulang..menunyer tentu sup tulang..so ari nie nak buat kelainan sikit.. resepi yg ada ditokok tambah sikit...


Asam pedas tulang
BAHAN A:
1kg tulang lembu//kambing

BAHAN B:
cili kering 10tangkai ( ikut citarasa)
10biji bawang merah
5biji bawang putih
1inci halia
sedikit belacan

BAHAN C :
3batang serai dibakar dan ketuk
1inci lengkuas dibakar dan ketuk
3ulas bawang merah (dihiris halus)
sedikit halba
air asam jawa
garam dan bahan perasa (secukup rasa)
kerisik

Cara2nyer
rebus tulang sehingga empuk dan ketepikan (saya rebus lama gila..dlm 4jam..nak empuk)

kisar bahan2 B sehingga halus

panas kan minyak , masukkan bahan2 C dan seterusnya tumis sehingga naik bau nya

masukkan bahan B ; goreng garing .
apabila sudah garing , masukkan tulang yang direbus dan gaul sehingga sebati .
masukkan air asam jawa dan semangkuk air , garam , kerisik dan bahan perasa .
angkat setelah mendidih .
masukkan lada hitam(ikut citarasa anda..yg nie saya rasa kena letak..sbb pasti rasa akan lain...n sedap)
last sekali..jgn luper daun kesum n bunga kantan......
jom layan gambor sikit.....


tulang2 nie kena dibersihkan..kalau saya..saya akan buang semua lemak2 tu dlu..dah akan rebus sehingga 4-5jam.. untuk bg Empuk....


layan..dah siap..atas dapur lagi...


asam pedas nak bg lagi power kena letak lada hitam..


siap..tunggu my hubby jer....

Bulan berkasih sayang.. I luv FEBUARY

  

   Biar pun sentiasa berkasih sayang tp tiap kali masuk bulan Febuary terasa sgt indah..bukan nak sangat menyambut hari Valentime..but kebetulan my hubby lahir pd bulan Febuary... mula la nak mencari hadiah yang special..bukan apa sejak kitaorg couple lagi memang selalu tukar2 hadiah..terutama masa celebrate birthday... dari la zaman tak bergaji...sehingga sekarang...bila dah bergaji nie special skit..boleh la beli yang mewah2 skit..tak salah rasa kalau kita berbelanja untuk yang tersayang....so tahun nie saya dah hadiahkan awal2 untuk my hubby..but still nak cr yg special lagi...apa ek....?


so untuk entry sempena masuknyer bulan kasih sayang nie...ada skit tips...boleh try...

5 actions to says i love u....

  1. Give him soft kiss....always....
  2. Spend quality time wif him...
  3. Listen to him every word.. :)
  4. Make every day things special....
  5. Give unexpected hugs and kisses in unexpected places.

Sunday, January 30, 2011

Menu Istimewa sempena menjadi surirumah.. :)

seminggu cuti untuk CNY nie..bertekad untuk masak setiap hari..hehehe..semalam nasi ayam kukus...sedap..ayam yg diperap dengan sunkist...nyummy...hari nie plak try siakap kukus..siakap cr kat pasar..sekilo ikan siakap rm18..dpt la yg sedang2 tadi.... ni kat bawah resepinyer..cuber la try....
pas tu selain siakap..hari ni wat kerabu ayam n sotong chincuan....sedap..jom layannnn...






tips: utk hilangkan rasa hanyir kena la lumur gan tepung dlu


get ready







yang nie my peberet..kerabu ayam wif kacang panjang


nie namanyer sotong cincuan...


bahan2nyer...
ikan siakap mesti yang segar
serai /halia muda
bawang putih
bawah besar
stok ayam
air limau nipis tanpa biji
cili padi
gula secukup rasa
daun sup
satu sudu teh sedikit tepung jagung
2 cawan air

cara2nyer...
Masukkan stok ayam yang yang dicampur dgn dua cawan air kedalam kuali dgn api yang sederhana.
hiris Serai, bawang putih dan merah serta halia muda

Masukkan tepung jagung , campuran air limau nipis tanpa biji bersama gula

semua bahan ini di masukkan dlm stok ayam yang mendidih di atas dapur

masukkan ikan siakap yang segar dan siap di kelar ke dlm kuali tadi

tabur hirisan cili pada dan daun sup dan hiriasn bawang besar

tutup kuali sehingga masak dan sedia dihidangkan




ok selamat mencuber...resepi ni sgt senang..sbb kalau mkn kat luar harganyer dalam rm70...kalau buat sendiri sgt la murah... i love it....

Friday, January 28, 2011

siapa lelaki Dayus?

          Seminggu nie saya sibuk mengemaskini Email..jadi byk jgk email2 yg boleh dikongsi bersama...saya tertarik dgn email kiriman  seorang sahabat lama..jadi saya masukkan la dlm entry blog hari ni...ayat DAYUS ni sangat sensetif kepada kaum lelaki..
Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.
jadi..bila lelaki itu akan diketogeri sebagai dayus?

 
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8.Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.


Thursday, January 27, 2011

Patung yang hangus disambar petir...

Sedang mengemaskini email..terbaca satu email nie..sekadar renungan bersama..mari sama2 kita renung2kan kebesaranNya










Salam,

Sedikit terjemahan kepada email ini:

Sculpture 'King of Kings' iaitu patung besar Jesus Christ ini didirikan di perkarangan Solid Rock Church di Monroe , Ohio , US .  Ia setinggi 19 meter dan 12 meter lebar dengan aksi 'Jesus' mendepangkan tangan seolah2 berdoa ke langit.  Penghuni Monroe amat memegahkan patung ini dan menamakannya 'Touchdown Jesus'.  patung ini diperbuat dari plastik dan getah fiber.
Pada 15/06/2010, patung ini dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar.
Begitulah kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah SWT bilamana manusia lupa siapa pencipta sebenarnya.
Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT sepanjang masa, insya-Allah.
Khairil/Dukhan

tinggal rangka...



Thursday, January 13, 2011

WANITA

"Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya daripada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awasilah selalu agar jangan terkena panahan matanya..."

oh... tahun  baru sepatutnyer seronok masuk keje... tapi..adoi...GB kesayangan ramai telah ditukarkan... memang sedih sebab dibawah naugan En.Gb sangat la best..tiada tekanan..segala berjalan lancar... tapi kini yg hadir Pn.Gb pula... segala- gala perubahan ingin dibuat secara drastik... Aku yang menurut perintah... lupakan la pasal keje...sebab seminggu disekolah memang tak sempat duduk dikerusi dan meja dibilik guru... keje kena mcm SUPERWOMAN...hehehehehe...

Entry terbaru jgk mengenai wanita.... WANITA itu RAHSIA..... betul ker.... saya sebagai wanita...bersetuju 200%... mcm2 yg ada dihati wanita itu sendiri..tak siapa yang memahami..

Duhai wanita sebenarnya, maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah bongkah batu yang besar, kau menepis dengan penuh sabar tiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onar. Percayalah wanita, akan ada bahagia diakhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.
Wanita ku, terima saja makian yang bederu deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir bibir sumbing yang ingin melihat mu sungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Peganglah kata kata ini, "kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".

Jangan sesaat pun kau lupa setianya masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi srikandi agama terdahulu. Jadikan agama mu sebagai tunjang yang memperkasakan akidah mu, biar kesabaranmu manjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan iman mu dengan sejuta lapis sifat mahmuda. Jadilah kita wanita paling bahagia

Thursday, January 6, 2011

"I LOVE CLICK : MY BEST TRAVEL PICTURE!"

"I LOVE CLICK : MY BEST TRAVEL PICTURE!"

Mmm..masa singgah2 blog kwn2 td ada ternampak contest ni kat blog  http://www.watieduniaku.blogspot.com/ tq watie..tak sia2 singgah..hhehehehe

     "I LOVE CLICK : MY BEST TRAVEL   PICTURE!"
Simple! How to?
1) Create an entry with this title :
I Love Click : My Best Travel Picture Contest!
2) Copy paste the contest
BANNER into your post and LINK BACK to this post. DONE
3) Pick your
BEST photo and briefly DESCRIBE about it. DONE
4) Be my follower. (Optional but it's a bonus :) DONE
5) Leave a COMMENT of your link entry, in this post. DONE

so untuk contest ni nak try nasib la.. saya memang hantu pergi travel...selalu cuti sekolah sure pegi..tapi dalam malaysia la.... sbb cikgu kan banyak cuti.... pilih punya pilih.. amik salah satu gamba yang terbaru ni...pegi LOST OF TAMBUN.. tempat ni sangat la sesuai bawak anak2 yang kecil..cuber la....
 
ok sesapa nak join boleh klik kat sini  http://biqque.blogspot.com/

lost world tambun... taman burung..