Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Tuesday, September 11, 2012

Kisah Yasmin Hunwick

Ini kisah sangat menyentuh hati... saya tahu kisah ini dah lama.. semalam dapat info dari sini..
sayunyer...
 
 
Sama-samalah kita menyedekahkan surah Al-fatihah kepada arwah Yasmic Hunwick dan kawan-kawannya yang lain yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan golongan orang-orang yang beriman. Amin
Arwah seorang yang sangat cantik. Tapi apakan daya, Allah lebih menyayangi arwah. Arwah pergi dalam usia yang sangat muda.
 

keratan akhbar berita kemalangan
 
antara petikan yang saya baca menyentuh hati..
ajal maut sudah ditentukan..ini adalah penyebab sahaja...
 
 
Yasmin merajuk, bapa menyesal
 
“Isteri mententeramkan saya yang cuba menyalahkan diri apabila melihat mayat Yasmin dalam keadaan terbaring tidak bernyawa selepas terbabit dalam kemalangan sejurus dia keluar rumah kerana merajuk akibat dimarahi.”
Begitu kata Johan Eusoffe Abdullah, 44, bapa kepada Yasmin, 17, yang meninggal dunia selepas motosikal yang dinaiki bersama dua rakan perempuan lain dirempuh sebuah van dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kampung Padang Gaung, di sini, awal pagi kelmarin.
Johan yang tinggal di Taman Seri Aman, dekat sini, berkata, anak sulung daripada empat beradik berkenaan merajuk selepas dimarahinya selepas arwah enggan berkongsi bilik dengan adiknya, Ayesha berusia 11 tahun.
Katanya, kira-kira jam 11 malam sebelum kejadian itu, dia sedang memasang katil milik adik Yasmin di dalam bilik yang diduduki arwah sejak kecil.
“Apabila diberitahu bahawa adik bongsunya akan tinggal di dalam bilik berkenaan bersamanya, arwah terus bermasam muka dan kelihatan tidak berpuas hati.
dari petikan nst pula,
Yasmin berlari keluar dengan hanya berkaki ayam, dia dikejar oleh adiknya Muiz 15 tahun, tetapi gagal medapatkan kakaknya.
Encik Johan menghalang isterinya Sazlina Shariman 44, daripada pergi mencari Yasmin.Beliau berharap tindakan itu dapat mengajar Yasmin supaya sedar tindakan yang dibuat kepada adiknya itu salah.
Sejam kemudian beliau menerima panggilan yang memberitahu anaknya terlibat dalam kemalangan, hancur berkecai hatinya dan dia bergegas ke tempat kejadian melihat mayat anaknya Yasmin sudah terbaring kaku.
Bapa Nur Hazwani, Mansor Md Nanyan, 47, berkata anaknya telah memaklumkan kepadanya bahawa dia telah meminjam motosikal kakaknya untuk bawa rakannya makan malam
 

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

Mesagge dibawah pula mesage dari seorang ibu yang tabah..:(
Dari FB ibu Yasmin: “Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain. Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi. We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud. Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman.”
 
Amin.

Petanda dia sebelum meninggal arwah Yasmin ada mengupload gambar di bawah ini di twitter dan namanya menjadi topik hangat di twitter kerana gambar ini. Arwah seperti tahu saja dia akan pergi buat selamanya, dia seronok membaca buku 7 Malam Pertama di Kubur dan juga bercerita dia takut untuk tidur malam kerana sering bermimpi buruk.


Qasehmansya: Walaupun saya seorang ibu muda... saya tahu erti kasih sayang seorang ibu dan anak.. diharapkan ibu yasmin tabah...

No comments:

Post a Comment