Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Monday, December 27, 2010

Kesannya tetap ada


kisah ini saya baca 2minggu lalu..sekadar berkongsi cerita..



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

“Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.”

sumber:saudara silver_planet

Sunday, December 26, 2010

baju..legging berjenama yg murah.. dpt calling dah ni..

baru dapat msg dr tauke kedai kata byk baju baru sampai...legging untuk anak2..saya nak pegi dah..hehehe but hubby kata tunggu lepas asar..sangat best..nampaknyer azam tahun baru tak boleh buat lagi..tunggu awl tahun la.. bukan apa shopping kat sini mmg murah2...jenama..baby gap..renoma and anakku.. yang best legging hanya harga rm8(murah sgt...) tp untuk pengetahuan semua kedai ni jual murah sbb reject..tp reject sikit jer... kadang2 tak nampak pun (hanya pada tag jenama jer)
nanti saya upload legging and baju2 yang cantik...yang kat atas ni rm 8 jer..dlu saya beli...puas hati kan..

yang kat atas ni harga rm36..tp percaya tak kat kedai tu harga sepasang rm 25 jer(kurang lagi kot..)-gambar yg diatas ni saya copy dr laman web..sama jer yg jual kat kedai tu...

Wednesday, December 22, 2010

semerah cinta stilleto


semerah cinta stilleto


tadi layan dvd citer ni..ruper2nyer syok jugak... walaupun citernyer simple..tp sangat best degan lawak yang sempoi... mmg citer ni dah lama..tp smlm akibat boring g la cr dvd citer ni... sbb sebelum ni layan Estet dan Senario asam garam.. tp tak sebest citer ni.. so sesapa yang tak tgk lagi g la cr dvd...

ni antara scene yang agak kelakar....tengok ler sikit...



memang lucu... tagline yg best.. relaxxx luuu... ;s


sinopsis cerite semerah cinta stiletto..



Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya.
Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.
Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana.
Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.

Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah.
Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.
Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja.
Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond.
Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).
Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto.
Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya.
Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual.

Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila.
Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto.
Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya.
Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu.
Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang.
Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih.

Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup.
Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.
Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula?



Monday, December 20, 2010

lost world tambun... memang syiookkk...

Sesapa yang nak relax2 kan diri bersama famili meh la dtg LOST WORLD..sgt la best...ada petting zoo..dn yang paling best binatang semua jinak2... berbaloi2 la dtg kt sini...tp bg yg nak keseronokan yg EXTRA..sini bukan tempatnyer..tempat yg sesuai g la GENTING HIGHLANDS...kadar bayaran masuk untuk dewasa Rm38..tp kalau online jimat Rm 4(rm34 jerrr)


ooo..my baby tak sabar2 nak mandi... kalau dtg dgn anak2 atau famili mmg la sesuai... puas hati la jgk..sbb sebelum ni g gambang tak seseronok yang ini.... love Tambun Lost world.. ;P




memang best bila dpt masuk RUMAH BURUNG ni.... jinak2..siap ada jual makanan burung lagi..rm1.. ok la tu... mmg jinak..siap naik atas kepala kita lagi..nasin tak 'eyak' atas kepala jer..heheheh


tengok...qaseh pun berani la.... tp time kat sangkar ular sawa dia punyer la takut... mama tak takut tp geli jer....yang gambar kat atas ni tak ingat lak binatang apa ni..luper.. tp muker selambar jer..hehehehe


qaseh walau pun letih tetap nak pose...sweet..hehehehe

Sunday, December 5, 2010

Aku Ingin menjadi Wanita Itu..



Saya ingin jadi wanita seperti itu....seorang yang tabah..tulus hatinya..adakah saya terdaya?

“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”
Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah BLOG yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.


Menjadi seorang isteri….kepada insan yang disayangi…..idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.

sumber:tentang cinta

Thursday, December 2, 2010

kalau saya tengah tension...nie la akibatnyer...

    Saya bila tengah tension jgn la keluar g shopping..Mmmm bukan2 la yang saya beli...tp kadang2 kalau bukan tengah tension pun menda2 ngarut jgk beli..hehehehe..4hb dec semalam tanpa ada pemikiran yang panjang tanpa memikir apa2 saya beli la Aspire One happy..dengan harga rm1299..fuh...tanpa rasa menyesal pun....(sepatutnyer duit tu simpanan daaa...) Maybe semalam kalau ada Cik suami disebelah lain plak jadinyer..maybe dia yg tukang bayor...hahahaha...tp tak pa la..satu kepuasan dlm hidup...antara2 perkara yg sering saya beli..tambah2 tensen kat sekolah..balik dr sekolah terus g watsons..mcm2 la yg saya sambar..ntah apa2 la dgn perangai pelik ni...dlu nasib tak membeli NIKON D3000 secara solo..huh...survey2 masa tu tak berkenan..kalau tak melayang duit...tp bukan la selalu bila tension saya shopping beli brg mahal..kadang2 beli jer coklat...brg2 make up..baju dan menda2 ngarut la...hhehee tu la lain kali nak shopping g gan My Hubby la..tak jadi mcm ni...kan Tuan penasihat..25%






TIPS minggu ini(tiada kaitan dgn cerita diatas k..)sebagai tips utk kwn2 dan saya jugak..

    Kata orang kalau hidup berumahtangga, kalau tak pernah berselisih faham tu kira bohonglah. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri ……. macam lagu P. Ramlee & Saloma pulak :)
Kalau tak nak berpanjangan, ikut petua ni. Kalau salah seorang tengah marah yang lagi seorang kena diam! ( walaupun hati tengah menggelegak ni ).
Kalau dua-dua tengah marah macam api kena minyak la..semakin marak la jadinya. Kalau seorang diam, yang tengah marah jadi tak lama..bila dia cool barulah kita cakap apa yang tak kena. Barulah hidup aman bahagia.





big love: qaseh mansya