Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Monday, November 29, 2010

Wanita..tolong jangan amik kesempatan..




 
Apabila seorang insan bernama lelaki benar2 jatuh cinta..jatuh hati.. dan setia pada sang kekasih dengan tulus dan ikhlas... sikapnyer dapat kita lihat dengan jelas.... Hati mereka yang dianggap keras selama ini...tetiba menjadi selembut salju...bahkan lelaki yang mabuk cinta atau fall in LOVE sanggup berkorban apa saja...sekeras mana pun hati mereka... sanggup mengalirkan airmata apabila hati dilukai. Oleh itu kita sebagai wanita janganlah mengambil kesempatan diatas pengorbanan yang dilakukan oleh LELAKI itu






Friday, November 26, 2010

Antara Rahsia Wanita...

RaHsIA WaNIta..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia akan cair seperti coklat2.


6. Senjata wanita adalah air mata...

7. Semua wanita memerlukan seorang yang betul betul mencintai mareka

8. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri( betul2)


sumber: rp

hati saya menangis




Malam nie saya dpt satu video dari laman Fb.. tersentuh sungguh hati kecil saya. video memaparkan seorang baby(lingkungan 2tahun didera oleh pengasuh)menangis tengok video ni.. Manusia mana la yang berhati binatang ni.. harap2 dpt pembalasan...kesian.. kat sini saya cuber usahakan agar kwn2 di blog dpt tgk video nie...amik pengajaran supaya berhati2 amik maid atau hantar anak ke umah pengasuh..

Ingat... anak adalah Amanah dariNya
Ya Allah, Lindungilah anakku ..
selamatkan dirinya Dunia dan Akhirat

Mama sayang qaseh

maaf video tue tak dpt download..tp saya ada letak satu lagi video dera yang meruntun jiwa tapi anda boleh klik link dibawah ni.


cuber clik link ini.
klik  untuk lihat video yg menyentuh hati 
lagi video yang menyayat hati...


Thursday, November 25, 2010

Hikmah disebaliknya...

RaMa-RaMa DaN BuNgA

 

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.


See more presentations by dynur |




Wednesday, November 24, 2010

Dari setitis air mani



" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "



Mana bagus notebook atau nettbook...?

Comel tak Mini Acer One happy ni..sesuai untuk golongan wanita?


Alamak....arini nak update blog pakai PC la... kedua-dua laptop ku sudah musnah apa lagipagi tadi muncung la sikit..mmmmm angkara  mama yang cerdik pandai tu la...
agaknyer tgk hati saya ni tidak berbunga2 seperti selalu suami ajak g Kb....huhhh.. nak pujuk la tu... saya cakap saya tak mau... my hubby kata jom la...bie belikan mini laptop baru..(untuk hari jadi saya bulan 12 ntt) . Fuhhhh...dlm hati punyer la suker..hehehehe.. tp demi tidak mementingkan diri sendiri saya kata tak nak...(tak rasa rugi pun...) yg penting suami sangta pandai amik hati.. yg lawaknyer..sampai dia ckp..kalau tak nak pilih abang g Jerteh beli sendiri nanti.... setelah dibincang...saya bagi kata putus pada suami..nanti la yer..Birthday sayakan lambat lagi....




Kebaikan Netbook

Yang nyatanya, Netbook bersaiz lebih kecil dan ringan daripada Notebook. Walaupun begitu, ia tetap tidak sama seperti Notebook kerana Netbook disasarkan kepada pengguna komputer yang sering (atau wajib) melayari Internet dan menghantar emel tidak kira tempat dan masa (macam IM contohnya?)
Mungkin ada yang terfikir “Lebih baik beli Netbook dari Notebook kalau begitu. Ringan dan murah pula. Saya pun hari-hari surf Internet” selepas membaca kata-kata  saya di atas.- sumber WK


Kekurangan Netbook

Namun, anda perlu tahu yang ada komponen dalam Notebook telah ditiadakan dalam Netbook antaranya CD/DVD drive. Prestasi Netbook juga tidak boleh dibandingkan dengan Notebook kerana ia menggunakan komponen yang berbeza. Kalau tidak kenapa Netbook setakat ini hanya boleh menggunakan Win XP, bukan Win Vista? sumber WK

p/s:
So kwn2 yang ada pengalaman mnegenai pengunaan mini laptop ni boleh la bagi komen k...





Ini lah kenangan laptop(acer) saya yg tertumpah air bandung..huhuhuhu



Tuesday, November 23, 2010

Bila Aku Jatuh Cinta

video ni sangat la sweet...sudi2 la dengarkan yer..





Go to fullsize image



Ya allah...
Jika Aku jatuh Cinta
Cintakanlah aku pada Insan yang melabuhkan hatinya padaMu..
Agar bertambah kekuatan untuk MecintaiMu...

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku meyentuh seseorang yang hatinya terpaut dihatiMu..
agar tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu....

Ya Rabbana..
Jika aku jatuh hati..
Jagalah hatiku padanya..
Agar tidak berpaling dari hatimu..

Ya Rabbul Izatti..
Jika aku rindu..
Rindukanlah aku pada seseorang yang mencintaiMu..

Amin...
Sesungguhnya..telah ku dapat insan yang kucari...
Dia sentiasa menemaniku..
semoga ikatan ini kekal hingga ke akhir hayat.
Terima kasih atas kurnianMu..









petikan:tentangcinta

10 tanda hati mati..sekadar renungan...





Monday, November 22, 2010

WANITA itu istemewa tetapi ramai yang masuk NERAKA?





Padahal pintu-pintu kebaikan dan pintu-pintu surga terbuka buat wanita, dan Allah telah memudahkan wanita untuk masuk ke dalam surga, dan wanita telah mendapatkan KELEBIHAN dan KEISTIMEWAAN:


  1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang pria yang sholeh.
  2. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
  3. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  4. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
  5. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  6. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  7. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
  8. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (dengan jarak 10,000 tahun perjalanan).
  10. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. menatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  11. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
  12. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  13. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  14. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
  15. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  16. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 pria yang jahat.
  17. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  18. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  19. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  20. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  21. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakult.
  22. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  23. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  24. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
  25. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
  26. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  27. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  28. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  29. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  30. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun sholat.
  31. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  32. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
  33. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  34. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  35. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


SUMBER:KATAKATA HIKMAH

Sunday, November 21, 2010

Anugerah Indah Dari Yang Esa.. koleksi Qaseh Mansya

Cahaya mata Anugerah Ilahi
Anak adalah cahaya mata..penghibur hati..penyejuk jiwa..nikmat Allah yang paling bahagia. Nisbah benda lahiriah di dunia..Amanah Allah yang mesti dijaga....


Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat


 Al kisah....Tanggal 26hb mei 2007.. ikatan cinta ini bertaut...

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu





Anak-anak cahaya mata anugerah dan kurniaan Ilahi untuk kita asuhi dan supaya kita ajari suruhan Ilahi, lalu mereka taati dan turuti, jadilah mereka anak-anak yang soleh, yang bakal mendoakan kita suatu hari nanti..."

nie masa mengandungkan qaseh.... scan 2x doctor kata baby boy...excited la sangat..beli semua barang colour biru..huhuhu bila keluar...tengok ada pepet...hehehehe..alhamdullilah..semuanyer sihat

 


Kelahiran adalah merupakan pengakhiran kepada proses kehamilan dan juga merupakan permulaan kepada sebuah kehidupan manusia
Yang ini 2jam selepas dilahirkan...sangat suci muker nyer..rindu bau qaseh... berat nyer 3.3kg..sangat la besar untuk 1st pregnant...alhamdullilah suhat segala tubuh badannyer.. tanggal 11september 2008...lahirlah Qaseh Damia Qhalisya ke muka bumi ini....







so sweet anak mama...hehehe gambar ni sangat2 comey...

mengantukyer sayang...


qaseh tido dalam iman


ni masa majlis cukur jambul yang dibuat di Umah Aki Qaseh...

 










 masa ni masih duduk gan nenek dan aki... 8bulan dok jauh gan mama....




cak... sekarang anak mama dah besar pun..dah petah bercakap....





Setiap Orang Tua pasti menyayangi anaknya dan rela melakukan apapun agar anaknya sukses dan bahagia bahkan nyawapun akan dipertaruhkan demi anak kesayangannya







Ya Allah..Bahagiakan lah keluarga kami..Amin

Bahagia awal dan akhir

Kebahagiaan perkahwinan sentiasa menjadi idaman setiap pasangan. Semua pasangan berharapkan perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Mempunyai keluarga bahagia bukanlah sesuatu yang boleh terjadi dengan tidak sengaja. Keluarga bahagia wujud hasil muafakat pasangan.

Perancangan rapi bukan hanya setakat hari persandingan tetapi melebihi tahun-tahun selepas itu. Pasangan perlu tahu arah tujuan hidup mereka.

Siapa yang memimpin dan siapa yang dipimpin perlu jelas. Yang berjalan di hadapan pun tidak tahu dia sepatutnya memimpin. Apa yang menyedihkan dia langsung tidak mempunyai sifat-sifat kepimpinan.
Oleh itu, garis panduan berikut mungkin boleh digunakan untuk membina sebuah keluarga harmoni :

1.Seperti institusi lain, sebuah keluarga mesti jelas siapakah pucuk pimpinannya.
2.Ketua mesti jelas ke mana arah tuju keluarga. Ia lebih terjamin apabila mengikut panduan yang tercatat dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul.
3.Fahami tanggungjawab masing-masing terhadap satu sama lain.
4.Ibu bapa mempunyai persepsi dan harapan yang realistik terhadap anak-anak. Begitu juga sebaliknya.
5.Hormati keperluan setiap ahli keluarga terhadap keperluan mempunyai ruang untuk diri sendiri.
6.Berinteraksi secara terbuka, saling mempercayai, membantu, menyokong serta mengambil tahu dengan penuh mesra.
7.Disiplin adalah tegas, tetapi penuh kasih sayang dan dipersetujui dan dikongsi oleh setiap ahli keluarga.
8.Hadapi susah senang yang berlaku dalam keluarga bersama-sama.
9.Setiap pasangan perlu memiliki sifat jujur kerana kejujuran penting dalam membentuk kepercayaan antara pasangan seterusnya keharmonian dalam rumah tangga.
10.Bekerjasama menyelesaikan sesuatu masalah kerana ia asas
penting membina keluarga bahagia
.

Dalam membina keluarga bahagia ternyata akan ada badai dan taufan. Sebagaimana manusia sedar akan kepentingan mempunyai keluarga bahagia begitu juga dengan iblis dan syaitan yang tahu bagaimana jalan masuk kemusnahan sesuatu institusi iaitu melalui kepincangan keluarga.

sumber: karangkraf.com

Saturday, November 20, 2010

tip2 mengambil hati pasangan

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tips mengambil hati suami

 
1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu. ( jangan time date jer zaman2 dlu nak pakai perfume setengah botol)

2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.(hobi suami saya suker makan roti canai...so saya sentiasa menemaninyer..walaupun kdg2 muncung panjang..hehehe)
 

3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh. (teh tarik...)


1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.

Petua Agar dikasihi Suami

1.Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.(hahaha jelingan manja yg tak tahan ni....)
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.(huhuhu...what's on your mind)

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua. (saya sentiasa mengharapkan agar hubungan hingga akhir nyawa)
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
(ya...sangat betul...cuba2 lah k...)
 
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.(sangat setuju)

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan, busuk, pengotor, selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.( untuk kebahagian...apa salahnyer kita buatkan..)

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".( i like)

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.(selalu buat...tp kadang2 tido terlalu buas...hehehe)

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.(Amin.....harap bahagia hingga akhir hayat)
 
love u my lovely hubby....
Tips mengambil hati isteri(sila ambil perhatian yer wahai suamiku....)

Indahnyer Anugerah Cinta ini..

Ya Tuhan...terima kasih atas anugerah yang terindah ini...

Aku hanya ingin jatuh cinta pada seseorang yang juga mencintai-Mu..Aku hanya ingin menaruh harapan, pada seseorang yang hanya berharap pada-Mu..Aku hanya ingin memelihara kesetiaan pada dia yang mau menggadaikan diri dan jiwanya pada-Mu..Aku hanya ingin merajut mimpi membangun seribu istana, pada dia yang merindukan wajah-Mu..

Ini janjiku pada-Mu.. Bila kelak Kau mempertemukan aku dengannya..Maka Akan ku persembahkan selaksa cintaku padanya..Menjadikannya satu-satunya perhiasan terindah di mata dan hatiku, Bukan karena keindahan fisiknya..

Akan ku jaga kehormatannya dengan sebaik-baiknya, Bukan karena kedudukannya yang tinggi..

Akan kudidik generasi-geberasi penerus kami menjadi generasi rabbani, Bukan karena kenikmatan dunia..

Namun karena cintaku, cintanya, cinta kami.. Terikat oleh Cinta-Mu..
Suamiku..mencintaimu satu kewajipan...

ikhlas dari isterimu.....
syafiella..




mencintaimu....seumur hidupku..selamanya...


lagu nie memang sangat syok didengar...tambah2 dengan suare Jamal yg memang ada aura.. setia pada cinta yang satu...





Friday, November 19, 2010

cinta kami


tq for my hubby...


cinta kami hingga akhir hayat....

260507
Tanpa cinta, kita tidak akan wujud di dunia ini.. Tanpa cinta seseorang boleh berlaku kejam terhadap keluarganya.. Tanpa cinta dunia akan gelap gelita tanpa sinar...
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan
nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut
Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita
mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang
yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih
mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian
orang lain

permata hati mama

Makin cerdik dan bijak..bukan nak puji anak sendiri tp tu adalah Anugerah dr Nya... makin bsar makin seronok jaga anak mama ni.. Qaseh Damia Qhalisya...

Mama: dah besar qaseh nak jadi apa sayang?
qaseh: Dokter....(pelat)
sejuk perut mama ngandungkan qaseh...



kasih sayang 2 hati... big love

Rasulullah s.a.w bersabda: apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka.



Antara petua menambat hati suami...

1.Isteri jangan menyakiti hati suami samaada dengan kata kata, tingkah laku atau mimik muka. Suami yang terguris hatinya dan memendam rasa akan mengurangkan komitment terhadap isterinya
2.Suka merungut merupakan sikap yang perlu dijauhi oleh isteri. Terlalu banyak rungutan boleh menyebabkan suami bosan dan akhirnya mencetuskan konflik dalam rumahtangga
3.Isteri yang terlalu banyak meminta-minta mengakibatkan suami rasa tertekan dan terganggu. Berpada-padalah dalam banyak perkara kerana kesederhanaan membawa kepada ketenangan
4.Suami tidak suka isteri yang kasar dan garang samaada terhadap suami dan anak-anak.Isteri yang terlalu garang menyebabkan suami dan anak-anak menjauhkan diri daripadanya
5.Isteri yang tidak menjaga penampilan diri, comot dan tidak kemas takkan dapat menarik perhatian suami. Isteri yang selalu kemas dan memakai haruman lebih disenangi suami


Sumber: Melanggan dari Hotlink/Maxis

Thursday, November 18, 2010

baru belajo nak wat blog....

baru terkontang-kanting nak wat blog..huhuhu.. nanti ada masa yang lama nak edit work2 art la....baru syok...so ni baru starting jer dlu....