Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Sunday, November 21, 2010

Ya Allah..Bahagiakan lah keluarga kami..Amin

Bahagia awal dan akhir

Kebahagiaan perkahwinan sentiasa menjadi idaman setiap pasangan. Semua pasangan berharapkan perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Mempunyai keluarga bahagia bukanlah sesuatu yang boleh terjadi dengan tidak sengaja. Keluarga bahagia wujud hasil muafakat pasangan.

Perancangan rapi bukan hanya setakat hari persandingan tetapi melebihi tahun-tahun selepas itu. Pasangan perlu tahu arah tujuan hidup mereka.

Siapa yang memimpin dan siapa yang dipimpin perlu jelas. Yang berjalan di hadapan pun tidak tahu dia sepatutnya memimpin. Apa yang menyedihkan dia langsung tidak mempunyai sifat-sifat kepimpinan.
Oleh itu, garis panduan berikut mungkin boleh digunakan untuk membina sebuah keluarga harmoni :

1.Seperti institusi lain, sebuah keluarga mesti jelas siapakah pucuk pimpinannya.
2.Ketua mesti jelas ke mana arah tuju keluarga. Ia lebih terjamin apabila mengikut panduan yang tercatat dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul.
3.Fahami tanggungjawab masing-masing terhadap satu sama lain.
4.Ibu bapa mempunyai persepsi dan harapan yang realistik terhadap anak-anak. Begitu juga sebaliknya.
5.Hormati keperluan setiap ahli keluarga terhadap keperluan mempunyai ruang untuk diri sendiri.
6.Berinteraksi secara terbuka, saling mempercayai, membantu, menyokong serta mengambil tahu dengan penuh mesra.
7.Disiplin adalah tegas, tetapi penuh kasih sayang dan dipersetujui dan dikongsi oleh setiap ahli keluarga.
8.Hadapi susah senang yang berlaku dalam keluarga bersama-sama.
9.Setiap pasangan perlu memiliki sifat jujur kerana kejujuran penting dalam membentuk kepercayaan antara pasangan seterusnya keharmonian dalam rumah tangga.
10.Bekerjasama menyelesaikan sesuatu masalah kerana ia asas
penting membina keluarga bahagia
.

Dalam membina keluarga bahagia ternyata akan ada badai dan taufan. Sebagaimana manusia sedar akan kepentingan mempunyai keluarga bahagia begitu juga dengan iblis dan syaitan yang tahu bagaimana jalan masuk kemusnahan sesuatu institusi iaitu melalui kepincangan keluarga.

sumber: karangkraf.com

No comments:

Post a Comment