Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Tuesday, May 17, 2011

Petua Nak Tahan Lama?(wajib baca untuk kesenangan anda)

Semenjak 2 menjak nie entry makin panas nie...Jangan marah yer.. Tajuk jer gempak tapi entry masih suci.
Meh Layan sikit petua nak lama nie..



Gambar sekadar hiasan tiada kena mengena dengan entry ni
(Amboi korang...tengok gambo pisang jer suker)

Meh baca petua nak tahan lama.....


KELAPA PARUTUntuk lebih tahan lama… selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan pada 31 December 2010. Dan sebelah lagi pada 1 Januari 2011. Wah?… tahan sampai 2 tahun kan?… Amazing GresteQuer! Jangan lupa hujung tahun nie cuba tau…

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama… jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

PAKAIAN TAHAN LAMA
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach… Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach… Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok.

KERETA
Lepas beli, simpan kat garaj… bungkus elok-elok… jangan bagi angin masuk… jangan bagi abuk masuk… jangan bagi wap air masuk. Pagi-pagi panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan… gerenti kereta tahan lama…

KENYANG
Kalau nak tahan lama… sebelum makan baca bismillah dan doa… Akhir makan… doa dan ucap alhamdullillah.. Jangan jadi macam setan…

UMUR
Umur nak tahan lama?… Jangan Merokok!… Rokok nak tahan lama?…
Jangan Hisap!…

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam – senang aje jangan tidur.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan… Jujur dan ikhlas.

PUASA
Gerenti lapar kan, so… kalau nak “tahan lama” bebanyakan beribadat” jangan asyik nak bercerita pasal baju raya ke… kueh raya ke… atau pun mengumpat.

KERJA
Kerja kalau nak “tahan lama” jangan asyik nak baca email aje macam korang… dah tak ada kerja lain ke… kalau BOSS nampak tak pasal-pasal kena buang kerja. Padan muka !

BigLuv
Qasehmansya


 



1 comment:

HASNORWANI ... said...

hehe..suka...follow u erk

Post a Comment