Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Sunday, May 22, 2011

Lelaki pun Takut ker....



Secara lahiriah, lelaki kelihatan kuat, gagah dan perkasa berbanding wanita. Namun, di sebalik susuk tubuh yang hebat itu sebenarnya terselindung beberapa ketakutan yang bisa menggugat kewibawaan mereka sebagai lelaki.

1. Takut Sekiranya Karier Pasangan Lebih Baik

Perasaan takut dalam diri lelaki akan muncul andai karier pasangannya lebih baik daripadanya. Karier yang baik membawa maksud kedudukan status kerjaya sekali gus jumlah pendapatan yang diperolehi oleh pasangan lebih tinggi berbanding dirinya. Keadaan ini secara tidak langsung mengundang perasaan yang kurang enak pada diri seorang lelaki sehinggakan timbul persepsi bahawa diri mereka tidak begitu berharga di mata pasangan.

2. Takut Hilang Kepercayaan Diri

Lelaki pada dasarnya amat takut sekiranya dikatakan tidak mampu berhadapan dengan sesuatu keadaan yang sulit. Sebagai contoh, sekiranya dia sudah tidak mampu memperbaiki atau mengukuhkan keadaan ekonomi keluarganya. Ini kerana ketidakupayaan berbuat demikian boleh menjatuhkan air muka mereka sekali gus mempamerkan kelemahan diri sebagai ketua keluarga.

3. Takut Hilang Pekerjaan

Ibarat irama dan lagu, lelaki dan dunia pekerjaan tidak dapat dipisahkan. Kehilangan pekerjaan bagi seorang lelaki bukan bermakna mereka tiada pekerjaan tetapi dalam masa yang sama hilang harga diri. Bagi lelaki, kerjaya begitu dekat dengan diri mereka. Mereka seumpama kehilangan kaki dan tidak tahu apa yang harus dilakukan sekiranya tidak mempunyai pekerjaan.

4. Takut Dikatakan Tidak Berkualiti

Adalah sesuatu yang amat memalukan bagi lelaki sekiranya isterinya sendiri menyatakan bahawa dirinya bukanlah seorang suami atau bapa yang baik. Meskipun benar, namun hakikat tersebut terlalu pahit untuk diterima. Pada ketika ini juga mereka akan berasa bahawa mereka gagal menjadi seorang suami yang baik, tidak dicintai isteri dan tidak diterima anak-anak.

5. Takut Ghairah Seks Menurun

Penurunan ghairah seksual adalah satu kebimbangan paling besar buat seorang lelaki. Mereka bukan sahaja khuatir tidak lagi mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya tetapi dalam waktu yang sama terbit perasaan bahawa dunia ini seolah-olah telah kiamat. Bagi lelaki, ketiadaan ghairah seks dalam hubungan boleh menjadi penyebab kepada keretakan dan hubungan bersama pasangan menjadi hambar. Tidak hanya dengan itu, kekurangan ini juga membuatkan wujud perasaan takut akan ditinggalkan pasangan.

6. Takut Meminta Maaf Terlebih Dahulu

Lelaki adalah pelindung dan pemimpin bagi kaum wanita. Maka, atas alasan inilah kaum lelaki sedaya upaya cuba mempertahankan kewibawaan dirinya terutama di mata seorang wanita. Seboleh-bolehnya, mereka tidak mahu dilihat salah dan meminta maaf terlebih dahulu kerana bimbang kewibawaannya sebagai lelaki akan tercalar. Pun begitu, di sebalik ego tersebut, lelaki sebenarnya amat takut apabila dilabel sebagai takut pada isteri.

7. Takut Menjalani Pemeriksaan Kesuburan

Berbicara mengenai isu kesuburan, lelaki sentiasa menganggap dirinya subur dan tidak bermasalah. Justeru, tidak hairanlah mengapa mereka enggan menjalani pemeriksaan kesuburan sebelum atau selepas berkahwin. Apa yang pasti, peratus keengganan lelaki untuk menjalani pemeriksaan kesuburan selepas berkahwin adalah lebih tinggi berbanding wanita. Sekiranya isteri tidak hamil meskipun telah beberapa tahun berumah tangga, lelaki biasanya akan menuding jari menyalahkan isterinya dengan mengatakan bahawa pasangannya tidak subur. Bagaimanapun, sekiranya diajak untuk menjalani pemeriksaan kesuburan, kebanyakan lelaki akan menolak. Padahal untuk memastikan tahap kesuburan, bukan hanya wanita sahaja yang perlu menjalaninya tetapi suami juga perlu berbuat demikian.

8. Takut Menemani Isteri Di Bilik Bersalin

Bagi sesetengah lelaki, pengalaman menemani isteri di bilik bersalin adalah sesuatu yang menakutkan. Menyaksikan kesukaran isteri melahirkan, melihat darah dan melihat sendiri proses kelahiran bayi menyebabkan kaum bapa mengalami trauma. Malahan bukan itu sahaja, ada juga yang jatuh pengsan disebabkan terlalu takut melihat situasi tersebut.

9. Takut Ceritakan Kisah Lampau

Lelaki berasa amat takut menceritakan kisah silamnya terutama kisah yang membabitkan masalah percintaan mereka yang kelam. Seboleh-bolehnya, mereka enggan mendiskusikan perkara ini apalagi jika berakhir dengan perpisahan. Ini kerana lelaki sebenarnya fobia sekiranya perkara seumpama ini terjadi dalam hidup mereka.

10. Takut Ditolak

Kebanyakan lelaki berasa perempuan bersikap terlalu kritikal kepada mereka. Ini menyebabkan mereka takut untuk bersikap terbuka kerana bimbang ditertawakan oleh pasangannya. Sebenarnya, lelaki mudah terasa dan rapuh hatinya meskipun terlihat kuat dari zahirnya. Jadi, penting bagi seorang wanita unutk memahami ego pasangannya




BigLuv
Qasehmansya


No comments:

Post a Comment