Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Tuesday, May 24, 2011

Bercuti....Yahoooo

Oh..sangat  la best... Lagi 2hari school holiday..Yahooo!! Plan nak g cuti-cuti...tambah-tambah 26hb nie Ulangtahun yang ke 4.. :) So percutian yang pertama di Cameron Highlands... Bestnyer...Booking Hotel semua berjaya... N nak g Honeymoon ke Penang... saya booking di sini... 

 Mula2 takut jugak nak pakai agent tapi diyakinkan oleh seorang sahabat.. tq watie... :) so Tak sabar nak pergi bergumbira bersama Mr.Putra Qaseh & My Qaseh..

Jangan tak tahu... Tadi sama2 dah ngemas baju..hahaha siap packing dalam beg dah... (Nikon D3000 sudah dicharge dengan full) So cuti-cuti malaysia.. :) semoga selamat pergi dan balik...

 Nak naik nie jugak.. :)

Meh baca ada sikit Tips saya dapat dari Majalah nie..Mana tau geng2 pun nak g bercuti......

Pergi bercuti bermakna perlu ada bajet yang mencukupi. Apatah lagi bila ada beberapa orang anak yang masih kecil. Keinginan pergi bercuti kadang kala terhenti bila memikirkan kosnya yang banyak.
Bagaimana hendak pergi bercuti dengan kos yang minimum? Ikuti tip-tip yang disediakan untuk anda.


Buat perancangan awal
Rancang percutian keluarga lebih awal, sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan lebih awal daripada tarikh ingin bercuti. Ia untuk memastikan anda cukup masa memilih destinasi, tempat penginapan dan pengangkutan yang sesuai dan menjimatkan.
Tentang kewangan, peruntukan sejumlah wang untuk aktiviti tersebut setiap bulan. Misalnya, ketepikan dua atau tiga ratus setiap bulan. Pasti bila tiba masanya, wang tidak lagi jadi masalah.

Pilih masa yang sesuai
Jika boleh elakkan daripada bercuti sewaktu musim perayaan ataupun cuti sekolah. Cara ini sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak belum bersekolah.

Tempat penginapan
Pilih tempat penginapan yang sesuai dengan kuantiti keluarga anda. Jika ahli keluarga kecil, bilik hotel atau chalet sangat sesuai. Tetapi untuk keluarga yang besar, pemilihan apartment mungkin dapat meminumkan kos
.
Memasak sendiri makanan
Ini sungguh menjimatkan. Terutamanya bagi keluarga yang besar. Pilih apartment yang mempunyai dapur untuk memasak. Anda boleh membawa barangan keperluan memasak dari rumah. Jadi, tidak perlu membelinya di tempat percutian kerana harganya mungkin mahal sedikit.  Jika tinggal di hotel bawa sendiri makanan atau minuman ringan kerana apa yang disedikan dalam mini  bar akan dikenakan bayaran yang mahal dibandingkan dengan harga di luar.

Masak makanan yang ringkas
Jika memilih untuk memasak sendiri, tidak perlu menyusahkan diri memasak hidangan yang susah. Pilih sahaja masakan yang ringkas dan mudah.

Bawa bekal
Berjalan dengan kanak-kanak memang banyak kerenahnya. Apa yang dilihat pasti mereka hendak beli. Pastikan sebelum berjalan, anda sudah memberi mereka makan atau bawa sendiri makanan ringan yang menyihatkan dalam beg anda.
Beli yang perlu
Bila melancong pasti ada sahaja buah tangan yang hendak dibeli. Belilah barangan yang tidak ada di tempat kita ataupun yang setimpal dengan harganya. Jangan biarkan diri tertipu dengan pelbagai tawaran. Ingat! Berbelanja ikut keperluan bukan kemahuan.

ps: saya kalau bercuti memang suker mencari makanan yang best...:)

BigLuv
Qasehmansya

1 comment:

Ca Ezah said...

wah~ bestnyer kalo dpt bercuti..ca tak pernah bercuti dengan family kak... :(

eh, blog akak makin cantik la~ dr awal follow akak banyak sangat beza..jelez2!
camane akak wat title2 kat sidebar tu ek? nak wat tp x reti.. :(

http://cikduyung.blogspot.com/2011/05/kau-selalu-ada.html

Post a Comment