Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Saturday, April 30, 2011

Comelnyer KATE MIDDLETON masa Kecik..

Baru-baru ini, Istana Clarence memuatkan gambar keluarga Kate Middleton dalam laman Perkahwinan Diraja bersama-sama lima potret tunang Putera William itu yang belum pernah dilihat umum.
Jom tengok...sangat cumel..




PADA usia tiga tahun, Kate sudahpun menunjukkan keyakinan yang akan menyaksikan dia menjalani kehidupan suka dan duka. Gambar ini adalah di sebuah bukit di Daerah Tasik dan dengan bertocang dan pakaian senaman, Kate kelihatan seronok mengharungi setiap langkah di depannya. Gambar ini dirakam ketika keluarganya bercuti di Daerah Tasik pada musim panas 1985. Sebagai remaja di Kolej Marlborough, Kate seterusnya cemerlang dalam bidang sukan, mengambil bahagian dalam tenis, berenang, bola jaring, hoki dan olahraga serta bersaing dalam program Anugerah Duke of Edinburgh yang membabitkan pengembaraan empat hari dengan berjalan kaki. Menurut laporan, mendaki bukit masih menjadi minatnya, begitu juga dengan tenis dan perahu layar


 SAYA sudah besar sekarang, seolah-olah kata Kate dalam gambar ini yang dirakam ketika dia berusia lima tahun. Ia dirakam ketika keluarga itu bercuti di lokasi yang tidak diketahui di United Kingdom. Ketika ini, keluarga Kate sudah kembali ke Britain selama setahun dan tinggal di sebuah rumah sederhana di Bradfield Southend di Berkshire. Di situ, dia bersekolah di Bradfield Church of England Primary dan gemar bermain raunders di padang sekolah serta berenang di kolam di luar sekolah. Adik Kate dilahirkan beberapa bulan sebelum gambar ini dirakam dan ketika ini juga ibunya, Carole terdorong untuk menjadikan hobi membuat beg parti menjadi satu perniagaan. Syarikatnya yang membekalkan kelengkapan parti ditubuhkan tidak lama selepas itu.



KELIHATAN sebagai satu percutian keluarga. Gambar ini dirakam ketika keluarga Kate menetap di Amman, Jordan selama dua setengah tahun. Kelihatan Kate, empat, dan bapanya, Michael bersama adiknya, Pippa, dua, bergambar di runtuhan bangunan kuno Greek-Roman di Jerashj, tidak jauh dari Amman dan berhampiran sempadan dengan Syria. Michael mula bekerja di ibu negara Jordan itu dengan British Airways pada Mei 1984 ketika Kate masih berusia dua tahun. Kate belajar di sebuah tadika tempatan dan dilaporkan boleh sedikit-sedikit berbahasa Arab.


Wajah yang dikenali seluruh dunia.



BigLuv
Qasehmansya

No comments:

Post a Comment