Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Friday, October 7, 2011

BINI2 ku GANGSTER~ Layan Jom....

Manja lakonan Yana Samsudin dan Herry (lakonan Shaheizy Sam) adalah pasangan yang bahagia dengan perkahwinan mereka. Mereka sangat romantik dan saling sayang menyayang. Manja di mata Herry seorang surirumah yang rajin dan pandai melayan suami.

Ada satu rahsia yang tak diketahui oleh Herry, Manja rupanya menyembunyikan identitinya sebagai Ketua Kumpulan Gangster. Di pejabat , Herry selalu dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali dia dibuli pasti Mat Saja akan mendapat balasannya.

Walaupun dah 2 tahun Herry dan Manja bernikah, namun mereka tak dapat anak , sebab Manja mengalami kecederaan di perut pasa masa lepas. Disebabkan rasa bersalah kepada suaminya, Manja dengan rela hati mencari seorang wanita lain untuk dijadikan madu atau isteri kedua Herry. Baik betul Manja

Lagi satu ageda Manja untuk mengahwinkan Herry ialah kerena nak mengalihkan perhatian Herry kepada urusan lain, kerana Manja semakin sibuk setelah dijadikan Ketua Kawasan, dan kawasannya telah diganggu oleh Min Siam.

Manja melamar Reanna ( Intan Ladyana), rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Ada satu lagi rahsia, Reanna rupanya seorang gangster jugak dan mempunyai agenda tersendiri.

Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam












No comments:

Post a Comment