Hari nie Hmetro muker surat depan citer pasal apa..kalau tak tahu beli atau tengok jer kat sini...
KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan  kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini  (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol  nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan  Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan  diambil selepas berbincang dengannya.
“Dia tidak pernah cakap  apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan  kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,”  katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan  sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi  enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.
“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi  berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang  Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun  ditolaknya,” katanya.
Mengenai kenyataan Khairul Fahmi   pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan  kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya  sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.
Baca lagi disini 
AUPU’s ARCHIDEX 2025 Triumph
3 months ago








3 comments:
aduhai.pening je baca kisah diorang ni.dulu time baik,okay je.bila putus,jadi lagu ni pulak dah.
la... dah ada bukti orang tu curang... cakap ok je la dengan keputusan putus tunang. kan mudah
:)
memang dugaan la kalau bercinta dgn org femes..:)
Post a Comment