Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Thursday, June 9, 2011

Kalau suami Korang macam nie.....?



Perkahwinan selalunya membawa berkat. Andainya perkahwinan membawa petaka, ia bukanlah disebabkan oleh perkahwinan itu sendiri. Tetapi kerana kegagalan mereka yang berada dalam alam perkahwinan berkenaan berperanan hingga bertukar menjadi suatu episod yang mendukacitakan.
Realitinya, seseorang yang tiada berharta apabila berkahwin akan berhartalah dia. Jarang kita lihat sebuah keluarga itu hidup dalam penuh kedaifan, kecuali sedikit. Selebihnya adalah mereka yang dapat menghimpun kebahagiaan dalam pelbagai bentuk.

Sememangnya perkahwinan adalah detik membina kekayaan. Sewaktu bujang tiada langsung sekaki tanah, setelah berkahwin dapat pula memiliki berelung-relung tanah di tempat-tempat strategik. Rasulullah saw bersabda, “ALLAH memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”


Apa petuanya supaya perkahwinan kita berkat? Jangan sampai menyalahkan takdir di saat menghadapi kemiskinan atau kesusahan hidup. Tapi hendaklah terus berikhtiar, berusaha, berdoa dan bertawakal.
Rezeki dan kemewahan datangnya daripada ALLAH SWT. Setiap manusia dituntut untuk berusaha mengubah nasibnya. Keberkatan akan datang kepada orang yang jujur lagi ikhlas.


Apa perasaan korang kalau suami korang macam nie?

Kalau suami mula berahsia.
Itu tandanya dia tak setia
Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we
Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara
Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua
Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha
Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu
Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta
Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka
Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu gelaran JANDA



Syafiella says:Nasib ciri-ciri kat atas masih tak da kat suami saya.. Alhamdullilah..Harap kekal bahagia selamanye...Percayalah pada cinta yang ikhlas...InsyaAllah selagi kita memohon padaNya... hadiah yang terbaik akan diberikan. Amin
i love my hubby so much...


Big LUV
Qasehmansya



sumberyang berwarna merah:ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

1 comment:

Shiema Sufian said...

waaaaaah. alhamdulillh :) moga bahagia :)

Post a Comment