Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Thursday, May 19, 2011

Tanda DIA cemburu..

Kalau salah satu ayat kat bawah nie ada dalam diri DIA, maksudnyer DIA nie kuat cemburu la....

Apabila di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian untuk melindungi kita atau dia akan mendatangkan masalah kepada kita? Siasat dan selidik tanda cemburu yang boleh kita perhatikan pada pasangan kita

Cemburu kan tanda sayang!!! Yang Korang Gatal lagi kenapa...
(Tetibe la terEMO..Huh)
Jom Check LIst kat bawah nie...

1. Dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah dan kecewa bila kita tak ada.

2. Dia menelefon kita semasa malas dan apa pun alasan diberikan, dia tetap mau berbicara dengan kita. Disebabkan ada hal mustahak, kita mungkin menjawab panggilannya tetapi berasa geram kerana dia hanya ingin berbual semata-mata.

3. Dia menuduh sesuka hati kita keluar dengan lelaki atau wanita lain.

4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kita.

5. Dia mengatakan akan bunuh diri jika kita meninggalkannya.

6. Dia hanya mau kita sentiasa bersamanya dan marah walaupun kita keluar dengan teman wanita/lelaki lain.

7. Dia tidak suka ke parti atau majelis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kita.

8. Dia bertindak seperti seorang polisi, ke mana kita pergi dan dengan siapa.

9. Dia bermasam muka apabila kita kerja lebih waktu.

10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kita.
Bigluv
Qasehmansya

No comments:

Post a Comment