Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Saturday, April 23, 2011

Trend Celak Gothic

Celak Mata Atau Celak Gothic.. Apa tu celak gothic?






“Allah s.w.t memerintahkan kaum wanita supaya tidak memperlihatkan (menzahirkan) perhiasan mereka kepada kaum lelaki kecuali yang dikecualikan oleh ayat tersebut sebagai langkah mengelak fitnah. Dalam membicarakan maksud perhiasan zahir, para ulama’ mempunyai beberapa pandangan, antaranya:-


1) Ibn Mas’ud – Perhiasan zahir ialah pakaian.
2) Said Bin Jubair, Ata’ dan Al-Auzaie – Muka, dua tapak tangan dan pakaian.
3) Ibn Abbas, Qatadah dan Musawwar Bin Mukhrimah – Celak mata, gelang tangan, inai hingga setengah hasta, anting-anting dan cincin. (Petikan Fatwa Semasa: Dr Yusof Qardawi – Jilid 1)


Adakah harus memakai celak mata?

Harus berdasarkan hadith-hadith berikut:-


1) Dikeluarkan oleh Tarmizi dan Ibnu Majah, daripada Ibnu Abbas r.a, katanya: “Adalah di sisi Nabi s.a.w bekas celak, Baginda s.a.w bercelak daripadanya 3 kali bagi setiap mata”.
2) Daripada Ibnu Abbas juga katanya: Sabda Nabi s.a.w: ” Sebaik-baik celak mata bagi kamu ialah yang berwarna hitam, ia mengelokkan pandangan dan menumbuhkan rambut (bulu kening)”.
3) Dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam Sunannya, daripada Abu Hurairah r.a, katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Barangsiapa yang bercelak mata hendaklah ia melakukannya dengan bilangan yang ganjil. Sesiapa yang bercelak dia telah melakukan kebaikan (dapat pahala) dan sesiapa yang tidak bercelak tiada kepayahan (dosa) baginya”.
Dapat difahami dari hadith-hadith di atas bahawa harus menggunakan celak mata baik kaum lelaki dan wanita.



Yang macam nie ker dipanggil celak Gothic?
Yang Macam nie tak boleh la kot..nampak pun mcm tak sesuai dengan budaya kita.

tapi kalau yang bawah nie .. GUANE pulok?




Bigluv:Qasehmansya




1 comment:

eyida said...

dh lama xpakai celak..

Post a Comment