Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Friday, April 22, 2011

Lupakan yang Lama...

 
Lupakan la kenangan lama.... Lupakan la DIA yang pernah menguris hati anda.. senang jer..Ikut tips kat bawah nie... Bukan susah kalau kita cube...
 
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya
menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
 
 
 
 
Putus cinta! Ramai yang merana kerananya kecuali anda seorang yang kuat semangat. Atau anda merasakan cukup mudah mendapat pengganti. Selalunya masalah mereka yang putus cinta adalah sukar melupakan kekasih, memadamkan kenangan dan rasa rindu yang bersarang di hati. Jika ini yang sedang anda alami, cara berikut mungkin boleh membantu anda menyelesaikannya.

Anggap dia tidak pernah wujud
Perkara pertama perlu anda lakukan ialah berhenti berlakon bahawa dia masih lagi milik anda. Mereka biasanya bukan seorang yang sempurna dan tidak mustahil jika kena pada pujuk rayunya, maka hubungan anda akan terjalin kembali sedangkan hati sakit mengenangkan setiap perbuatannya. Anggap sajalah dia tidak wujud dalam hidup anda.

Tutup buku 
Perkara kedua perlu anda lakukan ialah, tutup serapat-rapatnya setiap perkara yang pernah anda dan dia lakukan jika anda benar-benar mahu putus hubungan dengannya. Anda harus ingat anda mahu menamatkan semuanya. Anda mungkin sudah bertemu orang lain dan dia juga sama. Jangan sesekali bertemu dengannya lagi bila hubungan anda putus.

Jangan hubunginya lagi
Ini satu perkara yang perlu anda amati dalam banyak tip diberi. Apabila anda mengambil keputusan menamatkan sebuah perhubungan, ambil perkara ini sebagai sesuatu yang serius. Jangan sesekali hubunginya lagi. Memang agak sukar melupakan seseorang yang pernah kita sayangi dan cintai namun ia bukan mengambil masa yang sangat lama untuk anda melupakannya.Buang semua nombor telefonnya, jangan sesekali SMS atau bertanya tentangnya pada kawan-kawan yang mengenalinya. Biarkan
masa berlalu mengikut takdir.

Sibukkan diri
Tanpa teman istimewa, anda mungkin punya banyak masa dengan diri sendiri. Anda boleh sibukkan diri dengan pergi ke gimnasium atau berjoging. Bukan saja baik untuk tubuh badan malah dengan kesibukan ini anda dapat melupakan dia dengan lebih cepat. Berita menariknya, bila ke gim, anda boleh melihat lebih ramai wanita lain di sana.

Lupakan semuanya
Bunyinya seperti agak keras dan menakutkan namun anda perlu mempunyai hati kering untuk melakukannya. Membuang semua memori sebenarnya agak sukar kerana ia berkait rapat dengan hati dan perasaan namun tanyalah pada diri sendiri, sampai bila anda harus berkeadaan begitu. Mengapa anda harus menderita kerananya yang mungkin sudah punya kekasih baru saat anda merana mengenangkannya. Belajarlah menjadi orang yang kuat. Bukan pada tubuh badan tetapi pada hati.

Jauhi kawan-kawannya
Jika anda serius mahu melupakannya, anda perlukan pengorbanan. Mungkin agak sukar tetapi ia sangat baik untuk diri anda sendiri. Antara yang harus anda lakukan ialah jauhi kawan-kawannya. Jangan sesekali bertanya khabar tentang dirinya kerana anda akan mahu ambil  tahu banyak perkara. Anda juga perlu jauhi tempat-tempat yang biasa anda pergi bersamanya.

Jangan ambil barang-barang
Apabila anda sudah maju ke hadapan, jangan sesekali berpatah balik atau menoleh ke belakang lagi. Apabila anda mula menoleh,anda akan mengingati lagi kenangan bersamanya. Apa saja barangan yang pernah anda berikan kepadanya, jangan sesekali ambil kerana ia akan mengingatkan lagi anda kepadanya. Lebih membuat sakit hati jika barang-barang yang anda beri itu mahal harganya yang membuatkan poket anda rabak ketika membelinya.

Keluar bersama kawan-kawan
Kenangan sering kali membuatkan kita terbuai-buai dengan perasaan. Apabila kenangan datang menjelma, sudah tentu kita tidak akan berasa sangat kuat untuk menghadapinya. Justeru itu, keluarlah bersama kawan-kawan anda. Habiskan banyak masa bersama mereka. Ia satu terapi yang paling baik untuk anda melupakan dirinya.

Pergi bersukan
Bersukan mampu membuatkan tubuh badan lebih sihat selain akan membuatkan seseorang berasa kelelahan. Jadi pergilah keluar bersukan kerana anda akan mudah tertidur pada malam harinya dan anda tidak punya masa berangan lagi tentang bekas kekasih.

Selalulah ingati perkara buruk tentangnya
Cinta itu indah jika anda selalu mengenang kemanisannya. Namun kalau hati sudah sakit, semuanya jadi benci. Satu perkara
yang harus anda lakukan ialah mengingati sesuatu yang buruk pernah terjadi antara anda dan dirinya. Anggap saja ia perkara
menyakitkan hati dan membuatkan anda benci. Jangan sesekali mengenang kemanisan, nanti anda juga yang sakit menanggung rindu.

Big Luv;Qasehmansya
info: karangkraf.com

1 comment:

puteri rimba said...

terlalu sukar tuk melupakan...makin cuba lupakan makin kuat ingatan...huk..huk...

ok...dah follow...
thanks...

Post a Comment