Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Friday, April 29, 2011

Kenapa semasa Azan kita tak boleh bercakap?

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!, Ashadu an la ilaha illalah, Ashadu an la ilaha ilallah!,

Ashadu anna Muhammadar Rasulullah, Ashadu anna Muhammadar Rasulullah,
Hayya'ala-s-solah, Hayya'ala-s-solah!,Hayya' alal-falah!, Hayya' ala falah!,

Allahu Akhbar, Allahu akhbar!, La ilahaillaallah!.

Dengarlah azan itu sambil pejamkan mata mu dan kunci rapat mulut mu supaya tidak ada satu perkataan yang keluar. Rasakan apa kesannya. Bukankah seruan suci itu terasa seperti terus menikam ke jantung.

Azan memberi impak yang besar di dalam kehidupan manusia. Bahkan sesuatu yang cukup indah, sukar digambarkan dengan kata-kata. Banyak peristiwa yang berlaku disekeliling kita yang memperlihatkan azan itu satu yang ajaib dan indah. Antaranya kisah salah seorang mangsa yang terselamat dari bencana tsunami Acheh. Dia seorang diri dihanyutkan ombak besar. Ketika itu dia teringat pesanan ibunya supaya melaungkan azan jika ditimpa musibah. Lantas selesai azan dilaungkan, dia sudah terdampar di atas kapal besar yang dibawa hanyut hingga ke tengah-tengah bandar Aceh.

Bila menyentuh soal azan kebanyakan orang hanya tahu dua perkara iaitu azan adalah seruan penanda masuk waktu solat dan untuk bayi baru lahir. Seorang bayi yang baru dilahirkan diazankan untuk memasukkan pesanan tentang keagungan Allah. Tujuannya supaya bayi itu nanti faham apa saja di dalam hidup ini akan kembali kepada kebesaran Allah.

Azan yang dilaungkan oleh muazin bukan sekadar untuk menyeru solat tetapi bertindak sebagai penstabil gelombang dunia. Gelombang azan rendah sedangkan gelombang dunia tinggi. Jadi azan menstabilkan balik supaya dunia menjadi tempat yang selesa untuk dihuni.Andainya suatu masa nanti tidak ada lagi azan dilaungkan maka gelombang dunia ini akan menjadi semakin tinggi dan macam-macam akan berlaku.

Suatu masa dulu, kajian yang dilakukan mendapati semua pokok dan alam ini berada pada tahap gelombang alpha. Sebab itu apabila berada di kawasan yang dikelilingi pokok, kita akan merasa tenang.

Sekarang keadaan telah berubah apabila pokok-pokok sudah ditebang dan binatang banyak yang pupus menyebabkan manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang stress. Sebab itulah setiap hari banyak orang yang stress.

Secara asasnya manusia mengeluarkan empat gelombang tanpa gagal setiap hari iaitu gelombang beta, alpha,theta dan delta. Sekarang keadaan sudah semakin jauh berubah. Dianggarkan hampir 90% populasi dunia berada dalam gelombang beta. Ia melibatkan gelombang stress, buntu dan segala perkara yang negatif.

Semua perkara ini berlaku kerana orang Islam tidak pernah faham. Allah menyayangi hambanya. Melalui azan, Allah kirimkan rasa sayangnya kerana azan itu terletak dalam gelombang theta iaitu gelombang makbul doa dan zon ketenangan.

Aturannya begini, semua manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang yang tinggi. Kemudian apabila masuk waktu solat, kita mengambil wuduk, masa itu gelombang turun ke alpha. Kemudian apabila azan, gelombang itu terus turun kepada gelombang theta. Sebab itulah kita digalakan solat tepat pada waktunya sewaktu gelombang theta supaya lebih khusyuk.

Ketika azan juga dikehendaki supaya jangan bercakap dan menghayatinya. Semua ini ada sebabnya. Ia ada kaitan dengan gelombang theta. Sebabnya, ketika badan berada dalam gelombang theta, tiga hormon penting iaitu melatonin, endrofin dan serotonin akan dirangsang keluar. Hormon inilah yang mempengaruhi tahap kesihatan mental dan fizikal manusia.

Azan adalah penyelesai banyak masalah dari penyakit luaran hinggalah rohani dan ketika menghadapi musibah.Sebab itu di dalam Islam apabila ditimpa musibah dianjurkan untuk ucapkan Innalillah... iaitu kembali kepada Allah atau pun azan. Ini kerana gelombang rendah mempunyai tenaga paling kuat.Orang yang sedang buntu fikirannya akan merasa tenang dan kuat jiwanya untuk menyelesaikan masalah. Azan itu meransang otak kanan dan menguatkan jiwa.

Akhirnya, Allah tidak berikan sesuatu itu termasuk azan dengan sia-sia. Ada hikmah di sebaliknya yang perlu dikaji dan ambil berat untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.



Big Luv
Qasehmansya

Sumber: lailahaillallah.com

No comments:

Post a Comment