Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Wednesday, April 20, 2011

Dari Kekasih Menjadi Musuh?

    Pagi nan indah nie...aku kekosongan idea..sebab semalam langsung tak menjenguk blog so ari nie aku memaksa mencari idea~ Belek2 majalah...cari2 kat internet... idea ada la ciput yang datang... Dari kekasih menjadi Musuh... Secara peribadi saya..semua Ex kawan lelaki saya still menjadi teman.. tak da yang menjadi musuh..sejak bercinta di zaman sekolah..di U..di Tempat keja still kita orang masih contact sehingga la saya berrumahtangga.... Bila berumahtangga tu kurang la berhubung demi menjaga hati Suami..Alhamdullilah semuanyer ok...

Korang lak cam ne? Ada yang jadi musuh ke? 



Bolehkah bekas kekasih bertukar jadi pada kawan baik saja? Bolehkah bekas isteri atau bekas suami bertukar menjadi teman biasa saja? Bolehkah bekas tunang yang kini sudah pun bergelar nenek menjadi teman paling akrab pula?

Dalam filem, hal ini selalu digambarkan sebagai boleh, tetapi realitinya tidak seindah dan semudah itu. Bekas kekasih, kini adalah kawan baik? Hmmm, bolehkah? Tidak timbul lagikah ‘rasa’? Dulu tempat meluah perasaan atau mungkin tergiur oleh bibir yang mekar, hingga terganggu tidur, kini menjadi kawan baik pula?

Rasanya tidak boleh, sebab kalau sejarahnya pernah menjadi kekasih kita, sebagaimana dulunya jiwa bergetar apabila bertemu, sekarang pun tetap bergetar malah lebih bergetar apabila membayang-bayangkan bagaimana dia dengan pasangannya selalu.

Demikian juga, bekas isteri atau bekas suami. Dulunya pernah tidur bersama sekarang menjadi teman biasa sahaja selepas bercerai. Bolehkah? Rasanya tidak boleh, sebab sedikit sebanyak keintiman yang pernah dinikmati bersama boleh bermain kembali. Ketika itu bolehkah orang yang pernah tidur sebantal bersama kita kini hanyalah teman biasa tanpa sebarang lagi ‘rasa’? Rasanya tidak boleh.




Begitu juga, bolehkah bekas tunang yang kini sudah pun bergelar nenek menjadi teman paling akrab kita pula. Apabila terserempak dengan kawan-kawan, kita pun berkata, “Engkau jangan salah sangka, dia sekarang tak ada apa-apa lagi dengan aku. Aku pun dah tak ada perasaan langsung dah. Dulu memanglah tunang aku, sekarang tak ada apa-apa lagi, tapi dialah teman aku paling akrab sekarang.”

Nie yang saya dapat melalui pembacaan di Majalah Wanita~ tepuk dada tanya selera, Kalau rasa sedap teruskan..hahaha..kalau rasa sakit hentikan...



Bigluv:Qasehmansya 

No comments:

Post a Comment