Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Wednesday, November 23, 2011

Mama..Mama... nak adik..... :P

 Semalam....

Qaseh(duduk atas perut mama)
Mama: qaseh..jangan wat mama mcm nie...sakit baby....
Qaseh: mana ada baby...
Mama: ada la dalam perut mama..
Qaseh: tak... perut mama tak besar pun....
Mama: hehehe... :P

Kisah Dulu...

Qaseh: mama beranak Qaseh mcmane?
Mama: mama teran....
Qaseh: sambil terkangkang buat eksen mcm meneran..huhuhu(pegaruh tv la ni)

so sekarang Qaseh always tanya..mama nak adik... mama nak adik... ayoyo..ingat senang ker Qaseh...huhuhu

Mulut Qaseh yang makin cerdik... :)

Jangan nanti ada adik...qaseh bertinju gan adik sudah....




Mama, Adik Keluar Dari Mana?

Pastinya sukar untuk anda menjawab soalan begitu.
Kisah Telur
Selepas perempuan baligh, sekali sebulan satu telur tunggal akan keluar dari ovari dan masuk ke dalam salah satu tiub falopio yang sempit. Apabila telur bertemu dengan sperma, mereka akan bergerak ke rahim iaitu tempat bayi membesar. Tetapi jika telur tidak bertemu sperma, ia akan bergerak ke uterus sebelum jatuh dan bercampur dengan darah di dalam uterus. Kemudian campuran itu akan mengalir keluar melalui vagina sebagai darah haid.
Kisah Sperma
Sperma dihasilkan oleh lelaki di dalam testikel (buah zakar). Sperma akan mengembara melalui epidemis dan bertahan selama beberapa minggu. Apabila mereka meninggalkan epidemis, bermakna mereka sudah bersedia untuk berlumba mencari telur. Berjuta-juta sperma akan berenang keluar dari hujung penis (zakar) untuk mencari telur.
TELUR + SPERMA = BAYI
Hanya satu sperma dan satu telur diperlukan untuk menghasilkan bayi. Kemudian sperma akan berenang melalui uterus dan menuju ke dua tiub falipio untuk mencari telur. Biasanya proses ini akan mengambil masa beberapa jam dan hanya beberapa ratus ribu sahaja yang berjaya menghampiri telur. Tetapi sebaik sahaja satu sperma sudah melekat kepada telur, ia akan ‘tertutup’ dan sperma lain tidak boleh lagi ‘masuk’. Kini telur dan sperma menjadi satu sel. Inilah permulaan sel seorang bayi dan dikenali sebagai zigot.

Apabila sel-sel tadi sampai ke dalam uterus ia menanam dirinya pada dinding uterus. Perempuan dikatakan hamil apabila zigot membesar di dinding uterus. Kini ia dikenali sebagai embrio. Saiznya lebih kurang seperti biji tomato.
Selepas tiga bulan, embrio akan berubah dan dikenali sebagai fetus (janin). Manakala bahagian-bahagian badan seperti jantina, kuku kaki dan tangan akan terbentuk.



Enam bulan kemudian, janin akan membesar seperti saiz buah kelapa. Bulu mata, kening dan rambutnya sudah mula tumbuh. Dia sudah belajar cara bagaimana hendak bernafas walau pun dia belum boleh bernafas sendiri.





Setelah sembilan bulan, kepala janin akan menghala ke bawah. Janin sudah cukup sifat dengan mempunyai otak. Jantung, paru-paru, perut dan anggota badan lain. Kini janin (bayi) sudah bersedia untuk dilahirkan.






Bayi dilahirkan melalui vagina ibu. Bayi akan dibersihkan sebelum diserahkan kepada ibu untuk disusukan. Bayi perlu disusukan secara eksklusif dengan susu ibu selama 6 bulan sebelum diberi makanan lain. so..Qaseh kena la jaga baby nie nanti... oke tak.... sure Qaseh angguk2 kepala....


P/s: Gulppp..nak terang kat Qaseh macam nie...adoi.... mulut sangat la cerdik..kang lagi mcm2 soklan keluar...

Big luv n Hug
Qasehmansya

2 comments:

reenapple said...

pergh.. macam belajar balik sains..
kita pom nak adik.. meh qaseh kita jadik adik beradik.. hehe..=)

qasehmansya said...

reenaple: hahahaha......

Post a Comment