Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Tuesday, June 21, 2011

Petua nak dapat baby boy.. :)


Jantina anak serah pada ketentuan ILAHI

Bolehkah kita mencampuri kerja Tuhan? Penganut agama Islam sewajarnya berpegang teguh pada rukun iman yang keenam iaitu percaya kepada qada dan qadar. Menerima apa sahaja ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan menjadi kewajipan bagi setiap muslim.

Soal zuriat dan jantina anak bukan menjadi urusan kita namun sebagai manusia kita boleh merancang dan berusaha untuk mendapatkan apa yang diingini. Menurut Ustaz Mohd Ali Tuah, pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Allah SWT sudah menentukan jantina setiap anak  sejak di luh mahfuz lagi.

"Semasa janin dalam rahim ibu berusia 120 hari, malaikat akan datang menulis rezeki, jantina, ajal, maut, jodoh, hidup bahagia atau tidak setiap hambanya mengikut ilmu Allah. Bagaimanapun ia boleh berubah jika orang itu berdoa dan berusaha apabila dia hidup kelak dengan keizinan Allah jua,” terangnya sambil menegaskan segala urusan kehidupan manusia sudah ditentukan dari A – Z sejak azali lagi- sumber pa&ma




Tapi kat sini ada petua untuk dapatkan anak lelaki..tak salah mencuba..:)

Pssttt: Dalam soal merancang jantina anak,  sebarang rawatan menggunakan teknologi sains perubatan boleh dilakukan asalkan ia ada alasan yang mendesak (darurat) dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

1) Ketika bersetubuh pancutan mani hendaklah dibuat sebelah kanan isteri. Setelah itu ketika tidur, isteri mestilah dibaringkan ke kanan iaitu tangan kiri sebelah atas.

2) Juga sebelum bersetubuh, isteri mestilah membasuh alat kelamin dengan soda bikorbanat yang boleh didapati di kedai atau farmasi. Ini disebabkan soda bikarbonat beralkali. Benih lelaki (kromosom Y) lebih aktif di dalam situasi beralkali dan benih perempuan (kromosom X) lemah di dalamnya.

3) Isteri hendaklah mengelakkan makanan yang berasam dan berasid seperti jeruk, air limau atau oren. Digalakkan mengambil makanan laut


Tapi harus ingat:~ Kesimpulannya, penentuan jantina anak patut kita serahkan kepada Allah SWT. Apa yang penting sebagai ibu bapa kita didik mereka (anak lelaki atau perempuan) menjadi anak yang soleh/solehah dengan sebaiknya tanpa berasa kecewa dengan jantina anak yang dikurniakan.

BigLuv
Qasehmansya







2 comments:

Puan Surina Rashid said...

owh cenggitu ye... yang pentig terima seadanya.. :)

QASEH MANSYA said...

betul2..rezeki tuhan dah tentu...

Post a Comment