Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Saturday, June 11, 2011

Kenapa dengan Isteri JIMMY SHANLEY?..Kesian JIMMY..Kisah telah dibongkar...

Sebak pulak baca Artikel dan kata-kata Jimmy Shanley:-


Gambar saat saat bahagia




"Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna'

Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya



REMUK hati Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 31, apabila alam perkahwinan dilaluinya tidak pernah bahagia, malah hanya mengundang derita dan sengsara. Air matanya gugur setiap kali mengenangkan sikap isteri, Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimi, 25, terhadapnya.
Di manakah rasa hormat seorang isteri terhadap suami, dia ditinggalkan pergi begitu saja. Hilang tanpa bicara walaupun sepatah kata. Sehingga kini bekas pengacara Trek Selebriti itu hairan kenapa Suhaila sanggup memperjudikan mahligai yang baru mereka bina.


Andai kata dalam hati tiada rasa kasih, kenapa perlu bersetuju untuk berkongsi hidup dengannya dulu. Ada isteri, tetapi entah ke mana perginya. Apabila Jimmy enggan menceraikan isterinya, bukan bererti dia dayus tetapi dia tidak mahu berkahwin semata-mata untuk bercerai. Selagi terdaya, dia akan berusaha menyelamatkan rumah tangganya.

Kepingin sangat hatinya untuk mendampingi isteri tetapi itu hanya angan-angan kerana hubungan mereka kian jauh. 


INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.



Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.

Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.



Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.
Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.


Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.



Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.



Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya...klik bawah nie untuk bacaan seterusnye......



BACA LAGI
(sedihnyer baca kisah Jimmy nie)

Nota kaki: semoga Jimmy tabah menghadapi Dugaan Hidup.


BigLuv
Qasehmansya

5 comments:

Fira hilwa said...

dlm byk2 artis, jimmy plg kesian... itula, srh kawen ngn aku xnk, nk ngn ank org berada je... huhu. pape pn smoga jimmy dpt jmp yg lbh baik...

QASEH MANSYA said...

kesian kan..mcm ada org dengki jerr

Dian Dahlia said...

kesian nya...

ct N honey said...

saya baca luahan jimmy,jadi tak faham pulak perangai isterinya..dia nak apa sebenarnya...kesian bakal anaknya nanti...

ibu ezqil said...

so sad....ada yek is3 pengai cm 2....mcm2 lh zaman skrg ni..manusia mcm2 ragam...

Post a Comment