Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Thursday, May 5, 2011

Papa Qaseh Tak Buat semua nie..

Nak tahu apa mendanyer? Kat bawah nie Tips menghidu kecurangan suami.. Jom kita Check list....(yang berwarna biru~ telah diedit oleh saya)



1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami kita? - teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersama dan juga kekasih lama.
(tak da kot....)

2. Kerap keluar malam- sembur minyak wangi sebotol...
(memang My hubby always keluar malam...Alhamdullilah pergi masjid jer.keluar pukul 8mlm-9mlm..)

3. Bila suami mula jaga badan dan berdandan - tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.
(Oh...Tidak!!! Mr Hubby memang selalu kemas..~ mayber keje sebagai cikgu..Lain la kalau dia keje mekanik kan...)

4. Teliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah - memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, kadang tu itu adalah kod rahsia dia berdua.
(yang nie lagi tak pernah buat...Encet dia sentiasa dalam handbeg @ kat ruang tamu saya...so tak curiga langsung..:))

5. Suami pakai dua handphone atau lebih! Ini memang perlu diragukan! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah!
(buat masa ni my hubby pakai BB(1 jer) wife dia nie yang ada 4handset..lol)



6. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka
(Upss......Hahaha..yang nie tak boleh citer....sambil senyum2 malu)

7. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2…haa, ini baru mula menjalin hubungan
(Memang sentiasa senyum but tengok perangai Qaseh jer kot...lotih nak melayan Qaseh)

8. Suami mula pelupa!…fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa
(yang nie pun tak termasuk dalam senarai...)

9. Kalau out station kita nak ikut, dia beriya-iya pujuk kita tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriennya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh, sekarang ni ada tambang murah air asia
(buat masa nie kalau keluar sentiasa saya menemani.....kalau kena kursus pun balik hari..alhamdullilah)

10. Memberi perhatian lebih pada kita…ha ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert kita punya syak wasangka
(Ntah..rasa sama jer...)

11. Selalu lewat tidur - dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis
(memang selalu tido lewat tapi sentiasa disebelah saya...tgk HBO..movie..)

12. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan kita yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?….atau terkedu bila kita tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain?
(mmmmm...yang nie tak tahu sebab tak pernah tanya)

13.Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak
(yang nie langsung tak..sebab papa Qaseh always wif Qaseh..petang2 bwk round motor tiap-tiap hari tau....Malam2 pun tolong cek pamper Qaseh....tq Papa Qaseh)

14. Rajin menghantar anak ke persatuan waktu cuti dan isteri di rumah. Masa ni dia gunakan untukmenghubungi kekasihnya
(tak jugak...selalu kalau saya ada hal untukke school...Qaseh tak pernah dihantar rumah pengasuh sebab papa sukarela nak jaga kat umah...)


Alhamdullilah...Harap Allah sentiasa melindungi hubungan Kami berdua..Begitu juga hubungan anda dan pasangan... Amin...
Semoga rasa cinta ini kekal selamanye...
Percaya dan mempercayai amat penting dalam hubungan...

Edit By
Qasehmansya

Sumber: tentang cinta

No comments:

Post a Comment