Lagi 2minggu 2hari
Genap 4tahun perkahwinan kami.Alhamdullilah semoga terus berkekalan hingga hujung nyawa....
Nak perkahwinan bahagia? semua orang nak bahagia.. Jom tengok tips yang saya dapat di perkahwinan bahagia.blogspot
Tip yang saya ingin dedahkan ialah CIUMAN KASIH SAYANG. Ya, dengan memberikan ciuman yang penuh kasih sayang terhadap pasangan anda. Ciuman merupakan satu perilaku yang sangat-sangat disukai oleh isteri mahupun suami. Ini kerana ia mampu memberitahu secara tersirat bahawa anda sememangnya sangat-sangat menyayangi isteri anda (antara cara mudah jika anda tidak mampu melafazkan dengan kata-kata selalu). Ia juga perlu dilakukan oleh isteri supaya suami anda dapat memahami yang anda pun sangat-sangat menyayanginya.
Cuba anda mewajibkan diri anda memberikan ciuman kepada pasangan anda paling kurang sehari sekali. Saya pasti pasangan anda semakin menyayangi anda dan sentiasa menunggu anda pulang ke rumah untuk bermesra dengan anda. :)
Itulah tip penting saya untuk anda praktikkan..walaupun ia mungkin sudah diketahui oleh ramai orang tetapi saya yakin tidak ramai yang mempraktikkannya ;). Jadi, lakukanlah dengan segera dan jadikan ia sebagai rutin harian untuk pasangan anda :)
BigLuv
Qasehmansya
1 comment:
ye.. tul tu. ciuman juga dapat menghilangkan stress/ kesakitan.
Post a Comment