Tak salah la kalau kita nak romatik dengan suami/isteri kita? Nape nak malu? Kalau saya lagi suker..Hehe..Macam jawapan gatal jer ek..tapi tu la hakikatnyer.. tak salah pun..
Tak salah pun kalau:-
- Kita bersuapan ketika makan
- Mencuim pipi atau bibir suami/isteri tiap kali keluar rumah
- Usik mengusik dengan panggilan manja
- Perpelukan sepanjang hari
- Sentiasa berpegangan tangan ketika berjalan
- Mandi bersama!
Perhatian ek...makluman diatas untuk pasangan yang sudah berkahwin sahaja okey!
Romantisme ialah satu cara mengungkapkan perasaan cinta anda, tanpa perlu mengungkapkannya pada hari2 tertentu sahaja. Anda boleh melakukannya pada setiap hari sekiranya anda menpunyai kesempatan. Tips ini nampak mudah bagi anda, tetapi sejauh manakan anda mengetahui bahawa hubungan cinta harus dibina setiap hari?
2 ) Jangan timbulkan masalah2 kecil, termasuk yang bersangkut paut dengan kebiasaan buruk pasangan anda.Belajarlah menerima si dia seadanya.
3 ) Berfikirlah secara positif daripada memilikirkan sebahagian sikapnya yang mengecewakan anda, ingatlah segala kebaikan yang telah dilakukannya untuk anda.
4 ) Tenangkan diri anda ketika sedang marah. Jangan berbicara dengannaya sejenak hingga anda berdua ada masa untuk merenung kembali akan hal sebenarnya.
5 ) Jangan seseklai menggunakan kelemahan atau rahsia pasanagn anda untuk menyerangnya. Apalagi sengaja memperbesar- besarkan lagi di depan orang lain, baik keluarga ataupun sahabat handai. Biarpun pada anda ianya ialah perkara kecil dan tidak ada apa2 maksud, tetapi mungkin ianya ialah serius bagi pasangan anda.
6 ) Berikan keutamaan untuk pasangan anda. Katakan ” YA” sesering yang boleh, misalnya pergi menonton pertandingan olahraga berdua dengannya. Jika anda boleh menerima, pasangan anda juga akan membalas segala perhatian anda terhadapnya dan hidup akan terasa lebih mudah.
7 ) HARGAI pasangan anda. Jangan memburuk-burukkan pasangan anda kepada orang lain. Tunjukkan rasa cinta dan sayang anda ketika anda membicarakan tentangnya.
8 ) Ciptalah waktu untuk anda berdua sahaja dengannya. Lakukanlah hal yang anda senangi berdua, misalnya pergi makan tengahari atau minum berdua. jika pasangan anda berada jauh daripada anda, cukuplah sekadar menelefonnya hanya untuk mendengar suaranya. Apa yang lebih penting ialah perasaan anda terhadapnya.
Big Luv: Qasehmansya
No comments:
Post a Comment