Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Wednesday, January 18, 2012

suami penyayang atau boypren penyayang

Tadi baca artikel mengenai suami bila dah kawin tak macam dulu lagi... Huh... tajuk sangat la terbaek...
suker jugak baca artikel macam nie...buat pedoman hidup kita jugak....

~ suami dan boypren banyak beza..WASPADA... tajuk artikel dari kawan saya nie..

Boy pren penyayang... haruslah... tapi lepas jadi suami pun kena la kekal penyayang..jangan lepas kawin terus tak mau jadi penyayang..~maklum la abis madu sepah dibuang...

Yang nie hasil kajian saya..:-
Situasi pertama~
Isteri merajuk tak reti2 nak pujuk...masa jadi awek suker sangat nak pujuk..sebab dapat pegang..Haram!... skang nie dah jadi isteri tak haram dah ok...gomol la selagi mampu....


Situasi kedua..
Isteri sentiasa ingin bahagia... ketawa bersama... gembira bersama..keluar bersama... macam zaman2 bercinta..but... bila dah kawin.... dengan kawan tergelak terbahak-bahak... dengan isteri senyum kelat... macam ada kahak dalam tekak!

Tips nak jadi suami Mithali

Para suami mestilah bijak untuk hargai dan melayan isterinya. Antara tanggungjawab dan peranan suami ialah;
  • Memenuhi hak-hak dalam rumahtangganya (cari nafkah halal, menyediakan tempat tinggal, makan minum, pakaian dan sebagainya)
  • Ikram @ melayan anak-anak depan isteri
  • Bawa keluarga jalan-jalan, beriadah @ melancong
  • Puji masakan isteri
  • Puji isteri apabila nampak kebaikan dia
  • Bercerita di malam hari
  • Beri hadiah kepada isteri
  • Hiasi diri dengan akhlak (Contohnya bercakap lemah lembut dengan isteri…)
  • Sentiasa berdoa kepada Allah untuk kebahagiaan rumahtangganya
  • Masak untuk isteri sekali sekala...

Kesan yang tertinggal bila isteri rasa tak dihargai:-

Suami yang terlalu banyak mengkritik akan meninggalkan kesan negatif terhadap isteri :
  • Perasaan isteri akan tertekan akibat menahan marah.
  • Menimbulkan pelbagai penyakit fizikal akibat perasaan kecewa dan tekanan batin.
  • Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.
  • Akibat selalu dikritik dan tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya.
  • Untuk menyenangkan hati isteri akan menyalahkan anak-anak.
  • Jika perasaannya terlalu tertekan mungkin dia ingin perceraian.

P/S: isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya, tak kiralah berapa lama usia perkahwinan anda. Malah semakin lama anda bersama sepatutnya semakin rapatlah hubungan anda bukannya saling menjauh. Kebersamaan boleh mengeratkan Kasih sayang

Qasehmansya

artikel: Pakarhowto


No comments:

Post a Comment