Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Wednesday, June 1, 2011

Info for First Nite....(18 tahun keatas)



Info nie saya dapat dari Mw..Untuk info pengantin baru...

Pada musim cuti persekolahan ini tentunya ramai yang akan melangsungkan perkahwinan. Hari bahagia ini sudah pasti dilewati dengan penuh debaran oleh pasangan ini. Paling mendebarkan selain akad nikah tentunya adalah untuk melalui malam pertama sebagai suami isteri.
Dalam menghadapi malam penuh makna ini bakal raja sehari selalunya tidak ketinggalan melakukan persediaan sama ada melalui pembacaan atau bertanya pada rakan yang berpengalaman. Namun ketika inilah mereka memperoleh salah informasi atau mitos mengenai malam pertama.

Seks Malam Pertama Selalu Menyakitkan 
Anggapan hubungan seks kali pertama ini selalu menyakitkan adalah salah. Tidak semestinya begitu. Rasa sakit pada fikiran ramai wanita ini berpunca kerana mereka tidak pasti sama ada vagina mereka mampu atau tidak menampung alat kelamin lelaki yang berukuran besar ketika ereksi.
Rasa sakit ketika berhubungan biasanya terjadi kerana secara seksual vagina belum bersedia untuk menerima penetrasi. Penyelesaian terbaik adalah dengan melakukan pemanasan atau belaian terlebih dahulu agar wanita menjadi relaks dan terangsang. Keadaan ini akan membuatkan vagina basah dan bersedia untuk hubungan seks.

Penentu Kejayaan
Malam pertama dianggap sebagai penentu kejayaan hubungan seks pada malam-malam berikutnya. Sering kali kegagalan di malam pertama menyebabkan kebimbangan akan gagal di malam berikutnya.
Ejakulasi awal atau rasa sakit pada wanita akan terbayang pada malam-malam berikutnya. Pengalaman buruk di malam pertama memang mempengaruhi perasaan semasa melakukan hubungan seks berikutnya tetapi malam pertama bukanlah penentu kejayaan hubungan seks pada malam selanjutnya.

Selalu Berlaku Ejakulasi Awal
Ejakulasi awal adalah masalah seksual lelaki namun ia tidak semestinya berlaku pada malam pertama. Ejakulasi awal terjadi jika ghairah seks lelaki itu terlalu tinggi dan sukar dikawal. Ada yang beranggapan bahawa ia biasa terjadi di malam pertama tetapi malam pertama bukan penyebab terjadinya ejakulasi awal ini.

Alat Kelamin Besar, Isteri Puas
Ramai lelaki beranggapan bahawa ukuran alat kelamin akan mempengaruhi kepuasan isteri. Akibatnya ramai yang mengalami kebimbangan di malam pertamanya kerana merasakan ukuran milik mereka kecil.
Hakikat sebenarnya, bukan ukuran alat kelamin lelaki yang boleh memberi kepuasan pada isteri tetapi ‘kekerasannya.’ Apa guna ukuran yang besar namun tidak mampu melakukan hubungan seks dengan baik.

Penuh Nikmat
Raja sehari akan menyangka pengalaman
seks kali pertama akan penuh dengan nikmat dan kepuasan. Mungkin ia berdasarkan pengalaman rakan-rakan, namun realitinya ada juga pasangan yang kecewa pada malam pertama mereka. Keindahan yang mereka bayangkan tidak kesampaian kerana salah faham, canggung, kekok dan pelbagai lagi faktor.

Harus Ada Darah Perawan
Tidak mustahil masih ada bakal suami yang mengharapkan perkara ini sebagai bukti wanita milik mereka masih dara. Jika isteri tidak mengeluarkan darah maka mereka dianggap tidak dara lagi. Mitos ini memang menyesatkan. Dara tiada hubungannya dengan darah yang keluar. Mitos ini membuat ramai wanita berasa cukup risau menghadapi malam mereka. Takut tidak mengeluarkan darah dan dianggap tidak perawan lagi.

Harus Ambil Ubat Kuat
Ubat-ubatan dan ramuan untuk meningkatkan tenaga seksual tidak disarankan jika tidak diperlukan. Jika pada malam pertama, suami sudah menggunakan ubat-ubatan ini maka kemungkinan secara psikologi dirinya belum bersedia melakukan hubungan seks


Big Luv
Qasehmansya

1 comment:

Jua said...

wakaka...dem la

Post a Comment