Holiday....Memang best...dah seminggu holiday...sangat la syok... Bila hati tenang takfikir masalah....Jiwa pun best jer...time nie la nak beronok-ronok... :)
Luangkan masa bersama
Mengeluh kerana kurang mendapat perhatian pasangan akibat kehadiran anak? Pelajarilah teknik untuk menghangatkan kembali hubungan yang semakin renggang.
Biasanya kehadiran cahaya mata menambahkan ceria alam rumah tangga, tetapi apa yang selalu berlaku adalah sebaliknya. Jangan risau, walaupun keadaan nampak rumit, masih ada lagi jalan untuk memulihkannya. Diakui memang penting bagi pasangan suami isteri untuk menghabiskan masa bersama. Sebagai seorang yang mempunyai karier, kita sememangnya sentiasa sibuk dengan tugasan di pejabat setiap hari.
Apabila pulang ke rumah banyak kerja rumah serta pelbagai tanggung jawab lain yang terpaksa kita pikul. Akibatnya, kita gagal memperuntukkan masa untuk yang tersayang. Ketahuilah bahawa sebenarnya anda tidak semestinya perlu memperuntukkan satu-satu masa untuk bersama pasangan.
Yang pentingnya anda mesti bijak menggunakan setiap masa yang ada untuk anda terus mesra dan intim dengan pasangan. Antara yang boleh anda lakukan ialah bangun pagi sedikit awal daripada kebiasaannya. Hal ini kerana seperti yang telah kita sedia maklum, waktu pagi adalah waktu paling sibuk. Sibuk menyiapkan diri untuk ke pejabat, menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah ataupun menghantar si kecil ke pusat asuhan kanak-kanak, segalanya perlu dilakukan dengan pantas.
Ketika ini memang tiada masa untuk anda berbual mesra dengan pasangan. Oleh itu, apa kata kalau anda dan pasangan bangun setengah jam awal daripada waktu biasa. Dengan cara ini bolehlah anda berdua luangkan masa bersama ambil menikmati sarapan pagi sebelum menjalankan rutin harian.
Ada sesetengah pasangan mengamalkan pembahagian tugas untuk menjimatkan masa. Misalnya, suami ke kedai membeli barang dapur, manakala isteri tinggal di rumah mencuci baju dan sebagainya.
Ya, memang cara ini memudahkan urusan rumah tangga. Akan tetapi, tahu kah anda bahawa cara ini hanya akan merenggangkan anda berdua. Apa salahnya jika anda sama-sama ke kedai membeli-belah dan sama-sama mencuci serta mengemas di rumah? Tentu seronok, sambil menyelesaikan tugas harian, anda dan si dia dapat menghabiskan masa bersama. Bercerita kisah-kisah menarik sewaktu mula berkenalan dahulu ataupun bergurau senda pasti akan menghangatkan lagi suasana rumah tangga anda.
Kepada yang sudah punya anak, ajaklah anak bersama-sama melakukan setiap aktiviti itu. Pasti tambah meriah rumah anda. Waktu hujung minggu memang biasa digunakan untuk mengemas rumah. Tugas mengemas dalaman rumah biasanya dilakukan oleh orang perempuan manakala bahagian luar rumah pula milik si suami. Akibatnya, keduanya terpaksa berpisah hingga segalanya selesai. Rasanya tidak salah jika kedua-duanya bekerja bersama-sama. Sama-sama mengemas rumah dan membersihkan halaman rumah. Mesti lebih mesra. Keluar berdua-duaan.
Sekali-sekala, bawalah pasangan menghirup udara luar bersama. Bagi yang sudah ada anak, tinggalkan sebentar anak di rumah bersama pengasuh ataupun di rumah saudara mara yang rapat. Habiskanlah waktu bersama anda itu sebaiknya. Anda tidak perlulah memilih lokasi yang jauh ataupun yang mahal-mahal untuk dikunjungi. Yang paling penting, lokasi ataupun tempat yang anda kunjungi itu mestilah dipersetujui oleh pasangan.
Kalau kena pada tempatnya, ke pasar malam berdua pun sudah menyeronokkan. Itu belum lagi makan malam bersama di hotel. Untuk jadi lebih mesra, anda dan pasangan boleh juga memasak bersama-sama. Seorang menyediakan bahan manakala seorang lagi memasak. Anak-anak boleh turut membantu dengan menyediakan peralatan di meja makan. Jika cara ini anda praktikkan, pasti harmoni rumah tangga anda berdua.
Sebenarnya, banyak lagi yang boleh anda berdua lakukan untuk merapatkan serta mengeratkan lagi hubungan cinta. Semua ini terpulanglah kepada kreativiti anda demi untuk kesejahteraan hidup anda sekeluarga. Walau apa pun yang terjadi antara anda dengan pasangan, janganlah mudah panik. Paling penting anda mestilah rajin mencari penyelesaiannya.
Qasehmansya
No comments:
Post a Comment