Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Saturday, April 30, 2011

"hafizzainal's contest - senyuman mahal "

 Nak Join Tak Contest senyuman paling mahal... Mari baca syarat-syarat yang diletakkan oleh tuan tanah




 syarat2 nye simple je : ~

> buat satu entry yang bertajuk ~ 
"hafizzainal's contest - senyuman mahal "

> Letak banner contest ni dalam entry anda dan link kan terus ke entry contest ini.
kalau nak letak kat side bar korang pun, sangat di alu2 kan..

> plg penting, letakkan la pic anda senyum. x kesah laa pic sorang2 ke pic ngan membe ke. cuma, kalau pic ngan membe tu, bgtaw laa yang mne satu anda ..  kriteria yang di cari bukan lah rupa yang cantik or yg hensem semata.. tpy dinilai dari sume sudut ...
tips : just bgy gambar yang mempunyai senyuman yang x ternilai, cheewaahh. haha..

> pastu cite sket ttg pic tu. simple2 je. contohnye nape senyum mse tu, or bgtaw knape senyuman anda unik dan mahal or ape2 laa ye.
bebas je :) 
or, korang just tulis caption je kat bwh pic tu pun boleh. x payah panjang2 sangat pun xpe ...

> then, kene la follow my blog sbagai yuran contest. haha.. xde laaa, follow untuk sentiasa update dengan perkembangan contest ini laa.

> Jangan lupa letakkan link entry anda di ruangan comment :) so, senang la sy nak menilai blogger2 yang join ..

> Akhir sekali, tag 3 orang rakan blogger anda and make sure mereka tahu yer. bru la meriah ... :)



So dengan ini saya memilih gambor yang paling Mahal senyumannyer... jom tengok kat bawah:-



Sebab pilih gambar nie sebab Tu..tengok la cam ne saya senyum sampai telinga wif My lovely Famili. Gambar di telah di Edit dengan cemerlang oleh saya. So nak kongsi kat Entry nie la..
Gambar diambil di Genting Highland..(dalam Roda berpusing)
Unik nyer gambar nie sebab dah diedit tau... Macam Colour pencil
Dan yang paling best senyuman nie sebab Happy dapat g Holiday ...


So nak tag ke sahabat--- JOM JOIN 

Jua    aida     &    NANA

Big Luv:
Qasehmansya

Comelnyer KATE MIDDLETON masa Kecik..

Baru-baru ini, Istana Clarence memuatkan gambar keluarga Kate Middleton dalam laman Perkahwinan Diraja bersama-sama lima potret tunang Putera William itu yang belum pernah dilihat umum.
Jom tengok...sangat cumel..




PADA usia tiga tahun, Kate sudahpun menunjukkan keyakinan yang akan menyaksikan dia menjalani kehidupan suka dan duka. Gambar ini adalah di sebuah bukit di Daerah Tasik dan dengan bertocang dan pakaian senaman, Kate kelihatan seronok mengharungi setiap langkah di depannya. Gambar ini dirakam ketika keluarganya bercuti di Daerah Tasik pada musim panas 1985. Sebagai remaja di Kolej Marlborough, Kate seterusnya cemerlang dalam bidang sukan, mengambil bahagian dalam tenis, berenang, bola jaring, hoki dan olahraga serta bersaing dalam program Anugerah Duke of Edinburgh yang membabitkan pengembaraan empat hari dengan berjalan kaki. Menurut laporan, mendaki bukit masih menjadi minatnya, begitu juga dengan tenis dan perahu layar


 SAYA sudah besar sekarang, seolah-olah kata Kate dalam gambar ini yang dirakam ketika dia berusia lima tahun. Ia dirakam ketika keluarga itu bercuti di lokasi yang tidak diketahui di United Kingdom. Ketika ini, keluarga Kate sudah kembali ke Britain selama setahun dan tinggal di sebuah rumah sederhana di Bradfield Southend di Berkshire. Di situ, dia bersekolah di Bradfield Church of England Primary dan gemar bermain raunders di padang sekolah serta berenang di kolam di luar sekolah. Adik Kate dilahirkan beberapa bulan sebelum gambar ini dirakam dan ketika ini juga ibunya, Carole terdorong untuk menjadikan hobi membuat beg parti menjadi satu perniagaan. Syarikatnya yang membekalkan kelengkapan parti ditubuhkan tidak lama selepas itu.



KELIHATAN sebagai satu percutian keluarga. Gambar ini dirakam ketika keluarga Kate menetap di Amman, Jordan selama dua setengah tahun. Kelihatan Kate, empat, dan bapanya, Michael bersama adiknya, Pippa, dua, bergambar di runtuhan bangunan kuno Greek-Roman di Jerashj, tidak jauh dari Amman dan berhampiran sempadan dengan Syria. Michael mula bekerja di ibu negara Jordan itu dengan British Airways pada Mei 1984 ketika Kate masih berusia dua tahun. Kate belajar di sebuah tadika tempatan dan dilaporkan boleh sedikit-sedikit berbahasa Arab.


Wajah yang dikenali seluruh dunia.



BigLuv
Qasehmansya

Hari pekerja pun KERJA...



Gambar diatas tiada kena mengena dengan cerita dibawah.. sekian


 
Oh...Sangat letih... Pagi-pagi bangun mengemas rumah yang ala-ala dilanda Qasehsumawi nie.... Qaseh sorang jer rumah dah tunggang langgang..Adoi memang sakit pinggang la... Nasib baik My hubby tolong..Rutin we all bila cuti dah berbahagi tugas tau..

MAMA Qaseh: Di bahagian dapur+bilik
PAPA Qaseh: Ruamg tamu+Mop 1rumah..
Qaseh: memunggah semula tak sampai 10minit

Rumah takla besar mane tapi take time jugak la nak mengemas
Tu la time ada yang nak singgah kat umah kena bagi tau awal sehari..hehehe
kalau tak memang tak buka pintu la...





So pada saya tak da maksud la Hari pekerja nie...Hari-hari berkerja.. siang.malam..pagi atau petang..
lalalala.. Malam2 keje menda la aku nie....
So btw 1 Mei ada yang special pasal tarikh tu...
nak tahu baca sini

Cuber bayangkan dengan Qaseh sorang dah pening camna la nanti bila Qaseh dapat adik harap2 mantain cam gambo dibawah...

Nie gambar kat bawah pulak bila dah ada anak 2..hehehehe
harap-harap maintain lagi dan boleh masak lagi..




Aiks... Kurusnyer..hehehe


Big Luv:
Qasehmansya

1 mei~ Saya Jatuh Cinta Pada Dia.... shy-shy cat....

1 Mei ~ sempena hari declare saye gan en.hubby dengan ini diisytiharkan setiap tanggal 1 MEI..
1 dunia we all bagi cuti..Oh yeah....
Entry nie saja jer untuk mengenang kembali memory cinta..


Memang saya sangat bertuah berjumpa semasa belajar di Maktab Perguruan Tun Hussien Onn,Batu Pahat.. Sejak Mula-mula jumper di minggu Orentasi kitaorang dah rapat mcm belangkas... Lagi pun memang dah jodoh..Masa di UITM my hubby adalah senior saya..... :)

Lucky is the man who is the first love of a woman, but luckier is the woman who is the last love of a man

Dalam Class pun En. suami duduk belakang saya..Best..

 En.Hubby yang sangat penyabar melayan kerenah saya



LOVE him so much..
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya
menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut




Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan susut,
carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma
memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang
suram.Carilah yang membuat hati anda tersenyum. akan tiba satu
ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang
sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya
dengan sebenar.
Alhamdullilah jodoh saya dengan En suami pada 26.5.07
Tahun nie tak sabar nak sambut Anivesary yang ke 4
Rasa macam nak g honeymon kali ker 10 rasa.... & dipersetujui oleh En Hubby..
oh yeahhhhh....


BigLuv
Qasehmansya


SEPAH makin Terbaek.. NO MORE double meaning mcm Dolu-dolu





Nampaknye kumpulan sepah makin terbaik dari segi kematangan membuat lawak..dulu kalau masa zaman Raja Lawak..Saye tak berapa suke dengan lawak SEPAH..but sekarang sangat suke sebab lawak dorang sekarang terbaek la

Kalau tak caye tengok jer la Minggu 5 dorang punyer  lawak.. Memang pecah perut lol..setuju tak...?




BIG LUV
Qasehmansya

OMG! I don't want my friends to overtake me in the #Churp2race! Join me and rev up together!

Jom sapa2 nak menang hadiah lumayan..meh tengok sini

OMG! I don't want my friends to overtake me in the #Churp2race! Join me and rev up together!

Qasehmansya

Weekend Wif My Love



Hari nie layan gambar jer ok..Sangat letih hari nie...
Jalan-jalan cari Makan tadi ~ cool blog~big apple~ pizza hut..Nyum~yum...
    Perut Qaseh dah Buncit lol......


Regular Pizza~Rm26++
Supreme Chicken kot..

Nie Qaseh makan separuh pinggan tau...

Air asam Boi 4 My Hubby

Starawberi 4 me..

Qasehwif mushroom soup... 

Kusyuk..... Nyum Yum...


 Cool Blog nie wajib tiap kali g KB..

 Cool Blog Vanilla wif black pearl



Happy sangat sebab dah kenyang...N dapat Makan Big Apple jugak...
Alhamdullilah....

QasehMansya


Friday, April 29, 2011

The Royal Kiss ♥ ♥

Awesome ♥ ♥
 
MASANYA kini sudah tiba untuk Westminster Abbey meraikan ikatan cinta agung dua ikon dunia, Putera William dan Kate Middleton. Sejarah bakal dilakar dengan perkahwinan antara putera raja Britain itu dengan kekasihnya, yang akan berlangsung pada 29 April ini. Rakyat Malaysia juga berpeluang tadi berkongsi detik bersejarah ini kerana hanya ntv7 saluran televisyen percuma.

KISAH CINTA MEREKA..


William mula jatuh hati pada Kate pada malam pertunjukan fesyen ketika putera raja itu berada pada semester kedua di Universiti St Andrews, Scotland pada 2001.

Sedang Kate memperagakan fesyen di atas pentas, pewaris takhta Britain berkenaan yang berusia 19 tahun ketika itu berbisik kepada rakannya, Fergus Boyd: “Wow! Gadis ini memang menawan.”

Beliau membayar £200 (RM1,000) untuk tiket tempat duduk depan dan apabila Kate muncul bersama baju yang jarang dengan pakaian dalam serba hitam, William terpaku.

Selepas menghadiri satu majlis selepas acara itu, William mula mengorak langkah. Dia dan Kate, yang ketika itu berusia 20 tahun, berbual dengan penuh mesra di satu sudut. Sebaik mereka melagakan cawan untuk meraikan kejayaan Kate.

Kini detik bahagia itu diabadikan pada akhbar dan barangan cenderamata yang menghiasi kota London dan kemudian dibawa ke seluruh pelosok dunia meliputi negara asal pelanggan.

CEBISAN KISAH LAGI.....

Prince William :-Dari kawalan tentera hinggalah kehidupan sosial, semuanya bagaikan di hujung jari kedua-dua putera muda Britain yang sentiasa mencuri tumpuan ramai ini. Tiada putera yang lebih terkenal selain mereka.Kate: Kate Middleton sesuai digelar pengganti Diana. Pernah disiarkan di saluran Sky One (saluran hiburan UK), dokumentari ini mengikuti perjalanan hidup gadis yang sedang bercinta dengan bakal Raja. “Kate: The New Diana?”



Big Luv
Qasehmansya

Pstttt... Camne nak tackle hati Kekasih hati.....

Ala....benda senang selalu nak kena ajar... Perempuan suke kalau lelaki sellau ambil perhatian kat dia.. Bagi coklat pun kadang-kadang dah boleh tambat hati perempuan... Tak caya..Try la...kalau tak jalan jugak..ikut tips kat bawah nie...

  • Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’
  •   Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.
  • Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
  • Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
  •   Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
  • Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
  •  Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan. 
  •   Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
  • Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
  • Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya

BigLuv
Qasehmansya

Kenapa semasa Azan kita tak boleh bercakap?

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!, Ashadu an la ilaha illalah, Ashadu an la ilaha ilallah!,

Ashadu anna Muhammadar Rasulullah, Ashadu anna Muhammadar Rasulullah,
Hayya'ala-s-solah, Hayya'ala-s-solah!,Hayya' alal-falah!, Hayya' ala falah!,

Allahu Akhbar, Allahu akhbar!, La ilahaillaallah!.

Dengarlah azan itu sambil pejamkan mata mu dan kunci rapat mulut mu supaya tidak ada satu perkataan yang keluar. Rasakan apa kesannya. Bukankah seruan suci itu terasa seperti terus menikam ke jantung.

Azan memberi impak yang besar di dalam kehidupan manusia. Bahkan sesuatu yang cukup indah, sukar digambarkan dengan kata-kata. Banyak peristiwa yang berlaku disekeliling kita yang memperlihatkan azan itu satu yang ajaib dan indah. Antaranya kisah salah seorang mangsa yang terselamat dari bencana tsunami Acheh. Dia seorang diri dihanyutkan ombak besar. Ketika itu dia teringat pesanan ibunya supaya melaungkan azan jika ditimpa musibah. Lantas selesai azan dilaungkan, dia sudah terdampar di atas kapal besar yang dibawa hanyut hingga ke tengah-tengah bandar Aceh.

Bila menyentuh soal azan kebanyakan orang hanya tahu dua perkara iaitu azan adalah seruan penanda masuk waktu solat dan untuk bayi baru lahir. Seorang bayi yang baru dilahirkan diazankan untuk memasukkan pesanan tentang keagungan Allah. Tujuannya supaya bayi itu nanti faham apa saja di dalam hidup ini akan kembali kepada kebesaran Allah.

Azan yang dilaungkan oleh muazin bukan sekadar untuk menyeru solat tetapi bertindak sebagai penstabil gelombang dunia. Gelombang azan rendah sedangkan gelombang dunia tinggi. Jadi azan menstabilkan balik supaya dunia menjadi tempat yang selesa untuk dihuni.Andainya suatu masa nanti tidak ada lagi azan dilaungkan maka gelombang dunia ini akan menjadi semakin tinggi dan macam-macam akan berlaku.

Suatu masa dulu, kajian yang dilakukan mendapati semua pokok dan alam ini berada pada tahap gelombang alpha. Sebab itu apabila berada di kawasan yang dikelilingi pokok, kita akan merasa tenang.

Sekarang keadaan telah berubah apabila pokok-pokok sudah ditebang dan binatang banyak yang pupus menyebabkan manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang stress. Sebab itulah setiap hari banyak orang yang stress.

Secara asasnya manusia mengeluarkan empat gelombang tanpa gagal setiap hari iaitu gelombang beta, alpha,theta dan delta. Sekarang keadaan sudah semakin jauh berubah. Dianggarkan hampir 90% populasi dunia berada dalam gelombang beta. Ia melibatkan gelombang stress, buntu dan segala perkara yang negatif.

Semua perkara ini berlaku kerana orang Islam tidak pernah faham. Allah menyayangi hambanya. Melalui azan, Allah kirimkan rasa sayangnya kerana azan itu terletak dalam gelombang theta iaitu gelombang makbul doa dan zon ketenangan.

Aturannya begini, semua manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang yang tinggi. Kemudian apabila masuk waktu solat, kita mengambil wuduk, masa itu gelombang turun ke alpha. Kemudian apabila azan, gelombang itu terus turun kepada gelombang theta. Sebab itulah kita digalakan solat tepat pada waktunya sewaktu gelombang theta supaya lebih khusyuk.

Ketika azan juga dikehendaki supaya jangan bercakap dan menghayatinya. Semua ini ada sebabnya. Ia ada kaitan dengan gelombang theta. Sebabnya, ketika badan berada dalam gelombang theta, tiga hormon penting iaitu melatonin, endrofin dan serotonin akan dirangsang keluar. Hormon inilah yang mempengaruhi tahap kesihatan mental dan fizikal manusia.

Azan adalah penyelesai banyak masalah dari penyakit luaran hinggalah rohani dan ketika menghadapi musibah.Sebab itu di dalam Islam apabila ditimpa musibah dianjurkan untuk ucapkan Innalillah... iaitu kembali kepada Allah atau pun azan. Ini kerana gelombang rendah mempunyai tenaga paling kuat.Orang yang sedang buntu fikirannya akan merasa tenang dan kuat jiwanya untuk menyelesaikan masalah. Azan itu meransang otak kanan dan menguatkan jiwa.

Akhirnya, Allah tidak berikan sesuatu itu termasuk azan dengan sia-sia. Ada hikmah di sebaliknya yang perlu dikaji dan ambil berat untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.



Big Luv
Qasehmansya

Sumber: lailahaillallah.com

bestnya duduk di teratak PINKY MOMMA

Wah....sebab dah bestnyer dok kat TERATAK PINKY MOMMA so dengan ini saya pun menulis menggunakan dakwat pinky...


Syarat-syarat nak JOIN meh baca kat bawah nie...

1. tajuk : bestnya duduk di teratak PINKY MOMMA ;)
2. letak header di bawah ni




3. bagitau apa2 je tentang blog ni..simple kan..

4. nama yg join segmen ni..akan di letakkan dalam bloglist
(pinky momma)
5. tamat ari ahad 1 mei 11 jam 8 malam..


So untuk syarat yang ke 3 nie~ meh baca

Memang syok la+best..sangat sangat best bila dapat melepak kat blog PINKY MOMMA nie... sebab apa? sebab blog dia sangat best..Lagi pun Entry dia nie sesuai untuk orang2 perempuan.. I like...

Dah la cantik blog dengan warna peberet saya..weeee... walau pun baru jadi follower PINKY MOMMA tapi dah baca kebanyakan entry dia....memang terbaek...

Dan harapan yang tinggi mengunung dapat join dalam bloglist PINKY MOMMA


JOIN JOM...


BigLuv
Qasehmansya

Thursday, April 28, 2011

Cikgu Pesan.....




Cikgu selalu pesan menda-menda kat atas tu...Tapi kalau cikgu sya yang pesan lain pulak:-

  • Baju awak tu kena masuk dalam... Kalau tak awak tak nampak encem macam Farid Kamil...
  • Tudung awak tu kemaskan comel...(selalu kalau saya tak ingat nama student tu saya bahasakan nama dia comel...) kalau tak tak cantik macam YUNA...
  • Esok pastikan keje awak siap yer budak-budak... kalau tak esok saya akan bawak keliling padang... Mau ker?
  • Kutip sampah bawah meja tu..kalau tak cikgu sumbat dalam mulut(ayat tu untuk menakutkan budak...saya pun takut nak sumbat masuk dlm mulut dia...)
  • Jangan berlari kat tangga nie! kalau tak nanti jatuh macam buah nangka sapa yang susah? saya jugak
  • Jangan bising kalau tak cikgu staple guna staple gun nie(staple yang besar tu..sambill tunjuk staple gun tu depan muker student..
Tu antara pesanan saya..Bukan membebel tapi tu la kenyataan bila masuk kelas...tambah-tambah sekolah rendah.. (masuk kelas sure bising+sampah sarap bawah meja)

Maybe pada saya sekolah bandar dan sekolah Luar bandar banyak beza...tapi saya masih sayangkan sekolah yang saya berkhidmat sekarang..Huh....

BigLuv
Qasehmansya

Bestnyer dapat masuk BlogList BANGKU KOSONG



Memang best.. Bila G masuk blog Bangku Kosong tengok kat bloglist ada la Blog saye.. Bangga sebenarnyer sebab saya kan budak baru belajar.
Harap-harap pasnie ramai la sudi singgah sini....



Tak cayo??
Mari tengok reramai.... di Bangku Emas

Big LUV
Qasehmansya

Suamiku berpimpin tangan dengan anak dara?

Panas..memang panas dengan entry nie. Huh...sampai hati... Dah tu sapa nak pimpin tangan i nie.. Huh...sapakah gadis tu? cantik sangat ker.... Nie i sertakan bukti 3 keping gambar kat bawah nie..



Layan......

Nie bersiar-siar tepi pantai...

Amboi2..... Macam anak dara 18 tahun....


Jelesnyer.. Tangan mama siapa nak pegang? Qaseh nie.....


BigLuv
Qasehmansya

Wednesday, April 27, 2011

Cikgu Marah Bila....


Semua orang kata Guru Disiplin tu garang.. Guru Disiplin tu selalu nyer orang lelaki... Huh.. SAYA SEORANG GURU DISIPLIN.. Lagu mano gini? Tapi saya tak garang tak tentu pasal... Ada sebab kalau saya marah.. Betul lak cikgu-cikgi yang ada sama rasa dengan saya...

Cikgu akan marah apabila:

  • Masuk kelas.. Tapi kelas macam tongkang pecah...Sampai kerusi cikgu atas meja...Sapa tak marah....kalau korang tentu marah..
  • Sorang murid bertanya...cikgu dah jawap.. tapi 10 orang lagi bertanya benda yang sama bergilir-gilir(selalu kes mcm ni thn 1..)contohnyer soalan ~ Cikgu garis tepi dok? Letih cikgu jawap...
  • waktu tengahari terik..Budak-budak berkumpul keliling meja kiter.! huh..Cikgu nak pitam.....macam-macam bau...Tulun...
  • Murid-murid pura-pura tak bawak buku tapi sebenarnyer dia tak siap keje sekolah..bila sportcek  cek dalam beg atau bawah meja ada dia sorok..Anginnyer!
  • Murid buat cikgu macam kawan dia..Huh...Bab nie la saya paling lemah..saya tak suke budak-budak datang bersembang menda yang tak berfaedah (contoh:- Cikgu nampak cantik la..sapa bila baju cikgu nie)
  • Turun tangga mengunakan Palang Tangga..Ayo..kalau jatuh....cikgu jugak yang kena hantar g spital...(kes macam nie selalu jadi depan mata) saya akan jerit sekuat hati..hehehehehe

Semua cikgu sayangkan muridnyer.. Nak semua murid berjaya..tapi kadangkala cikgu hanya insan biasa..Cuber perbaiki diri... jangan asyik salahkan cikgu jer..Anyway saya marah pun saya tetap Mengajar KAMU selagi saya mampu...


BigLuv
Qasehmansya

Memang cantik blog nie~

Saye memang sering bertandang blog-blog la yang otai ker..yang newbie ker..janji entry dalam nyer sangat menarik. Nie 1 lagi Blog yang memang menarik hati saya...Memang kreatif la Mamat comel nie... nak tahu?klik Sini

Saya harap dapat buat blog yang menarik macam tu.. Simple but Nice....
Jom terjah blog mamat comel nie...Lalalalala....

saya sangat teringin nak wat side bar macam ni
Harap tuan tanah blog nie baca ler...



Update: sangat best bila Mas Aprove kt FB..lalalala
BigLuv
Qasehmansya

Bloglist Bangku Kosong Dibuka Untuk Pendaftaran!!

Oh yeah..~ Bangku kosong nie kalau wat apa-apa pun kebanyakan saya masul..Lagi senang sebab banner muker encem tu dah ada dalam ke 3-3 lappy saya..so bila ada segmen senang...amik dalam folder jer... hehehehe
Bloglist Bangku Kosong Dibuka Untuk Pendaftaran memang best sebab saya pengikut setia blog niehttp://www.hasrulhassan.blogspot.com/ (malah url blog dia dah hafal dah sebab senang nak ingat)
So sesapa nak join meh tengok Sini ler...sini.... 
Terma dan syarat seperti dibawah:

1. Pilihan Pertama:
Jika anda ada masukkan saya dalam bloglist/blogroll korang, print skrin atau captured skrin tu sebagai bukti dan buat satu post/entri apa-apa tajuk pun tak apa ... pastu tinggalkan link entri tu kat dalam komen di bawah. Selesai.

2. Pilihan Kedua:
Tak masukkan saya dalam bloglist anda tetapi nak blog anda masuk dalam bloglist saya? Caranya buat satu entri dengan masukkan badge/banner ini:

So saya pilih pilihan kedua.... walaaa......
Pastu buat entry sikit....
tapi tetap nak tunjuk bukti nie tetap dalam bloglist tau

BANGKU KOSONG

Nama jer blog nie blog Bangkukosong tapi Idea-Idea yang diTUBIK  keluarkan memang tak pernah kosong.. Sebab entry-entry kat blog nie sentiasa uptodate... Betul..nie bukan nak bodek..lagi satu Tuan tanah nie rajin wat segmen & saya dapat follower kebanyakan dari segmen2 Tuan tanah la...



 
BigLuv
Qasehmansya

Cepatnyer keluar....

Perghh..Tajuk entry nie cepat jer korang nak baca yer...Wink-wink....jangan fikir benda lain yer..~ entry nie pasal pemandu malaysia yang agak tak nyempat2 nak kuar simpang.. Huh...geram betul..selalu macam tu bertambah bengang kalau kita tengah speed..& lagi haru dia just nak pegi simpang depan tu jer... adoi..nyusahkan orang betul...

Saya nie berapa kalila kena cam nie..so hadiah yang saya hadiahkan pada pemandu macam nie = PON!!!PONNNNNNNN!!!


So pada u all jangan ler wat cam tu ok....
hati-hati dijalanraya




Qasehmansya

Tuesday, April 26, 2011

Kad Kawin ala ala FaceBook..Nice


Kad kawin ala-ala facebook...Kreatif




Kad kahwin yang dihasilkan seperti laman sosial Facebook lambang pertemuan jodoh Zed Zaidi dan bakal isterinya.Agak-agak kalau berkenalan dekat Blog kad kawinnyer macamana pulak yer?



Qasehmansya
Kredit:mstar

Monday, April 25, 2011

SEGMEN- penanda wacana ~ REVIEW DALAM REVIEW


Alamak .. Macam payah jer segmen review dalam review nie. Kena take time sebab nak review 3 blog yang hebat-hebat nie.. 1st menda yang saya buat saya Follow dulu kesemua blog nie(harap2 tuan tanah pun follow la yer.. ) nak tahu jom tengok sini sini..sini ler....

So kena amik masa yang tenang untuk meng REVIEW blog-blog yang cumel nie....
  1. Komen pasal user friendly ke tak blog tu (Letak header blog...takde header...print screen la ek)
  2. Ada apa-apa tak yang perlu dibuang atau diubah susun untuk meringankan blog...
  3. Pendapat pasal anda kat blog tu (TAK DIBENARKAN KUTUK MENGUTUK)
  4. Letak link kepada blog yang di review... Tolong menolong amalan mulia.....
     http://notaekstravaganza.blogspot.com/2011/04/segmen-review-dalam-review-bersama.html



Review pertama
  • Tak banyak yang kena ubah tapi me ada cadangan supaya chatbox@shout box tu letak kat bahagian atas. Senang Follower nak tinggal jejak..
  • Bagi me blog nie tersusun cantik & kemas.. tak berserabut pun..Gud job
  • Kesimpulannyer simple&smart
     http://cikduyung.blogspot.com//2011/04/segmen-review-dalam-review-bersama.html

Review ke2

  • Opsss...Header  tak boleh nak copy la... kat blog nie tak boleh copy-copy kot..hehehehe(maybe protect semua artikel kt blog nie...tapi lagi bagus kalau boleh sharing..sharing is caring)
  • Blog nie cumel mcm tuannyer...
  • saya suker datang blog nie sebab cumel..Entry pun best2
  • kesimpulannyer Cumel dan Cute

     http://www.blackrosehunter.com/2011/04/segmen-review-dalam-review-bersama.html%20%20


Review ke 3


  • suci jer blog nie~ hitam putih tanpa warna-warna ceria
  • tak sakit mata memnadang tapi kalau nak ceria boleh jugak tambah background berwarna
  • kesimpulan ~ putih dan bersih tidak serabut

Alhamdullilah..akhir siap jugak entry nie... memang agak payah sebab bukan pro nak review2 nie tapi try sebab tahu usaha nie tentu berbaloi..saya memang berhajat nak tambah follower... Biar susah dahulu senang kemudian..

so jom terjah blog-blog nie...(promote sikit group nie)
blackrose  cik duyung  notaekstravaganza     qasehmansya -interframe

bigluv
qasehmansya

Nak Cantikkan BLOG...?


Pasang Script Intro Di blogger
Mmmm... nak cantikkan blog rasa... Jom try pasang script kat blog kiter. Me tak try lagi...lepas nie rasa nak try la...So nak share gan Newbie   yang baru nak berjinak dengan blog..nak try moh kiter tengok step-step kat bawah nie...


Intro adalah seperti ucapan selamat datang dan sebuah animasi gif dari winnie the pooh, dan untuk melihat halaman asal blog tersebut anda boleh klik klik tulisan “Go to Homepage” atau pada animasi winnie the pooh nya.

Apabila anda telah masuk ke homepage halaman aslinya, anda tidak akan melihat kembali halaman intro tersebut, dengan kata lain anda tidak akan diganggu lagi oleh kehadirannya. Bila halaman intro tersebut boleh dilihat semula? halaman intro tersebut akan muncul kembali apabila anda menutup browser yang digunakan, kemudian mengunjungi kembali halaman tersebut. Namun efek tersebut berlaku apabila komputer yang anda gunakan tidak mematikan fungsi cookie kerana script yang digunakan menggunakan meninggalkan jejak di cookie komputer sebagai pengingat.

Cara Pemasangan Script Intro Ke blogger

Silahkan ikuti langkah-langkah berikut ini :

Langkah 1
  1. Login ke blogger
  2. Klik Design.
  3. Klik tab Edit HTML
  4. Anda disarankan untuk membuat backup terlebih dahulu, klik pada tulisan Download Template Lengkap.
  5. Silahkan cari kode berikut pada template anda :
]]></b:skin>

6. Silahkan copy, lalu paste kode berikut diatas kode ]]></b:skin>

#intro{
background:#CAD8C9 url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjB3YnmSOCRv4ezHaYgrmhy5ZkoMNeZbpA-jReBI6LNKknuiW3A85iuSPyBrI3rs8kDPo0Jp-xIw71On3pz1i2xLprrHOPr-FXYo_DQXPmbaDJG22g1SX3ugn6x1Q3zyH_e8BfOPLhlZbY/) repeat-x top left fixed;
position:fixed;
width:100%;
height:100%;
margin:0;
padding:0;
z-index:100;
text-align:center;
visibility:hidden;
}
* html #intro{
position:absolute;
width:expression(document.compatMode=="CSS1Compat"? document.documentElement.clientWidth+"px" : body.clientWidth+"px");
}
#intro .welcome{
color: rgb(255, 0, 0);
font-weight: bold;
font-style: italic;
font-size:30px;
margin-top:10%;
margin-bottom:1%;
text-shadow:1px 1px 1px #fff;
}
#intro a img{border:none}
.gohome, .gohome a,.gohome a:visited,.gohome a:active{
color: rgb(255, 0, 0);
font-weight: bold;
font-style: italic;
margin-top:4%;
font-size:25px;
text-shadow:1px 1px 1px #fff
}
.gohome a:hover{
color:#ffffff;
text-shadow:1px 1px 1px #f00;
text-decoration:none
}

Langkah 2
1. Silahkan cari kode berikut pada template anda :
</head>

2. Silahkan copy, lalu paste script berikut diatas kode </head>

<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
/***********************************************
* Floating Top Bar script- © Dynamic Drive (www.dynamicdrive.com)
* Sliding routine by Roy Whittle (http://www.javascript-fx.com/)
* This notice must stay intact for legal use.
* Visit http://www.dynamicdrive.com/ for full source code
***********************************************/
/*************************************************
* Blogger intro by http://www.jeritanblog.blogspot.com
**************************************************/
var persistclose=1
var startX = 0
var startY = 0
var verticalpos="fromtop"
function iecompattest(){return (document.compatMode && document.compatMode!="BackCompat")? document.documentElement : document.body}
function get_cookie(Name) {
var search = Name + "="
var returnvalue = "";
if (document.cookie.length > 0) {
offset = document.cookie.indexOf(search)
if (offset != -1) {
offset += search.length
end = document.cookie.indexOf(";", offset);
if (end == -1) end = document.cookie.length;
returnvalue=unescape(document.cookie.substring(offset, end))
}}return returnvalue;}
function closebar(){
if (persistclose)
document.cookie="remainclosed=1"
document.getElementById("intro").style.visibility="hidden";}
function staticbar(){
barheight=document.getElementById("intro").offsetHeight
var ns = (navigator.appName.indexOf("Netscape") != -1) || window.opera;
var d = document;
function ml(id){
var el=d.getElementById(id);
if (!persistclose || persistclose && get_cookie("remainclosed")=="")
el.style.visibility="visible"
if(d.layers)el.style=el;
el.sP=function(x,y){this.style.left=x+"px";this.style.top=y+"px";}
el.x = startX;
if (verticalpos=="fromtop")
el.y = startY;
else{
el.y = ns ? pageYOffset + innerHeight : iecompattest().scrollTop + iecompattest().clientHeight;
el.y -= startY; }
return el; }
window.stayTopLeft=function(){
if (verticalpos=="fromtop"){
var pY = ns ? pageYOffset : iecompattest().scrollTop;
ftlObj.y == (pY + startY - ftlObj.y)/0;}
else{
var pY = ns ? pageYOffset + innerHeight - barheight: iecompattest().scrollTop + iecompattest().clientHeight - barheight;
ftlObj.y == (pY - startY - ftlObj.y)/0;
}
ftlObj.sP(ftlObj.x, ftlObj.y);
setTimeout("stayTopLeft()", 10); }
ftlObj = ml("intro");
stayTopLeft();}
if (window.addEventListener)
window.addEventListener("load", staticbar, false)
else if (window.attachEvent)
window.attachEvent("onload", staticbar)
else if (document.getElementById)
window.onload=staticbar
//]]>
</script>

3. Cari kode berikut pada template anda <body>
4. Copy, lalu paste kode berikut dibawah kode <body>


<div id='intro'><div class='welcome'>Welcome to my blog</div>
<a href='' onclick='closebar(); return false'><img alt='go to my homepage' src='http://i234.photobucket.com/albums/ee208/decnote/cute-comment/Cute-hi5-60.gif' title='go to my homepage'/></a>
<div class='gohome'><a href='' onclick='closebar(); return false'>Go to homepage</a></div>
</div>

5. Akhir sekali klik butang simpan
Big Luv
Qasehmansya
Sharing is caring~
sumber: jeritanblogspot