Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Thursday, December 1, 2011

Tudung Syria


Mama... nak tudung....
Ingat lagi hari tu Qaseh mintak... Qaseh memang ada sehelai tudung but hari tu tudung tu dah kotor... mengamuk2 nak pakai... sory dear... masa bawak Qaseh jalan2 apa lagi mengamuk nak pakai tudung...Menangis jangan kata la... Satu taman ni bergegar...

So mama janji gan Qaseh akan cari tudung lain.. yang cantik.. sso pagi2 khamis mama g la cari n beli.. ber kenan dengan tudung Syria nie... Sweet kalau pp Chuby Qaseh yang pakai..


Macam Kuih pau la pipi Qaseh ni...hahaha.. so bila dah ada tudung baru of couse' la Qaseh mintak nak jadi model..Dulu dah jadi Model tudung Ariano... :)


Pipi yang CHUBBY


Sayang Anak dara mama...



Pandainyer anak mama posing


 






 BigLuvnhug~Qasehmansya


 

























1 DEC~ Dapat Ferrero Rocher...

December... Alamak... dah masuk bulan december la... 
Tapi lambat lagi la tarikh keramat tu... ada 4 hari lagi nak masuk angka 30sen.... 
Belum 5hb lagi Mr.Huby dah bagi present?? waaaa....nak bagi saya tembam ker....
Selalu sangat bagi saya coklat.... Adoi......
Nie yang tak boleh nak control nie......


Anyway..TQ Mr Hubby....susah2 beli coklat nie....dlu makan sorang2 skang kena kongsi dengan My Qaseh la.. :P .. Qaseh plka yag over mcam dia punya coklat... 


~sebenarnyer tak suker la Mr.Hubby beli coklat... Coklat nie membazir..Mahal... Beli jer yang rm 1.50 pun dah oke...





30 pieces.. Banyaknyer....
Oh abis la diet ku yang seberapa nie.... :(


BigLove n Hug

Qasehmansya



Wednesday, November 30, 2011

Full Movie Al hijab

Sebab petang yang agak boring... ipun melayan la Movie al hijab ni...
Tak la takut pun... tapi nak isi masa boring tu oke la sangat
Jom La layan kalau korang tak da nak wat benda.... :)


Sinopsis Filem Al-Hijab


Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yangdikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.

Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.
Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?


P/s: Waiting for 'Ombak rindu'... :)


BigLuvnhug
Qasehmansya