Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Saturday, November 26, 2011

Every Husband Should Read This..

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah..

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.


Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.


Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah…

Ayam Tandori ku..versi Master Chef

Siap dapat buku resepi...
Huhuhu..memang layan la bila nak memasak...


Sejak menjak ada rancangan Master chef nie... Aduhhh semangat memasak pun terover u.. kelas ko maria!! hahahaha... siap beli Oven Grill bagai... terbang fulus oooo

Oven serba guna...nak grill boleh..nak steam boleh..nak wat bubur boleh..nak memanas boleh.. picit jer...
Yang pasti INVERTER from Panasonic... :)
27 liter.. Agak besar jugak la.... takut semangat minggu pertama jer...
so semalam dan sebelum2nyer dah try buat macam2... semalam telah ku try Ayam Tandori..

Bahan2 semestinya

1)Ayam hansome dan macho- Setengah ekor cukur la... kitaorang 3 beranak jer....
2)Bawang putih-4ulas(bawang merah xpayah..sebab dia jahat)hehehe.. guna 6 biji bawang merah
3)Labu bawang besar-1 sahaja..
4)Cili guling atau cili giling-1 sudu comel
5)Halia 1 inchi sahaja tau......(blender sekali gan bawang merah n putih)
6)Kunyit hidup pun nak juga menyebok..1 inchi juga ok...jangan panjang2,tak ssuai....pendek dan comel suda..ok..
7)Yogurt... perisa asli.. (gua beli yang rm1.60 tu jer..)
8)Serbuk kari jenama apew2 lah korang se,cuma 1 sudu meja jew tau
9)Garam sikit jer
10)Serbuk perasa sikit....
11)Serbuk Tandori-10sudu tbsp(bukan table snooker yew,table spoon ok)
12)Limau nipis...sepatutnyer Lemon...tapi tak da stok dalam peti..bedal jer la...

Remarks:pewarna merah untuk mencantikkan warna ayam mentega/marjerin untuk membakar ..itu jew...kalo nak warna biru kew,kuning kew...sukew hati korang ler....janji korang happy...hahahaha...




Taraaaa.... tu tak cukup merah la ayam tandori ku....



But bila dah grill... warna dia not bad la... cun jugak..:P
Rasa jangan cakap la..... memang syok... hehehehe



 
Lain resepi yang dah try dalam Oven baru ku... Makaroni bakar.... Slurrpppp...




Telur+serbuk kari+daging cincang

Gambar yang dah siap tak sempat Snap.. sebab dah masuk perut.. :P



PUDING ROTI

Puding roti ku semasa dibakar... layan..memang sodap...
Opsss..cer cuber tgk bawah tupperwear tu.. ada resepi lagi..:)


 
Nak sedap kena tabur kismis.... cicah gan  kuah kastard...



PUDING KARAMEL
Nyummmy..walaupun tak cukup perang..:P




P/s: So memang sangat puas hati la... Bila masak n menjadi.. I like... nie semua penangan Master Chef la... koya kat dapur konon2 jadi chef.. :)


wif love~Chef Sya.. :P