Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Thursday, November 24, 2011

watsons ada sale hebat....

Watson oh watson....

sale yg agak mengila jugak la...
Memang tengah mencari syampu.... dapat lak free gift... dengan harga rm 11.90.. oke la tu
Pencuci muka Loreal... Murah.. 2 nie hanya rm 32++...murah...apa lagi rembat.....
and.. for my qaseh...Vitamin apeton yang ada sale jugak... rm 12.80... harga sebenar rm16.90.. save dah kan kat situ.....



Jimat kan....kita mesti pilih....

Nie la Vitamin qaseh...tu yang badan jadi semangat tu...
qaseh pun ada shampoo...:P



And last sekali g beli buku Qaseh..Buku Jawi.... siap suh mama tangkapkan gamba lagi... eeeee...suker tau posing2 macam nie......:)
Memang selalu beli buku untuk Qaseh... tapi semua nyer hancur....
Rajin sangat membaca tu la pasal...
But bila start school holiday mama dah boleh jad teacher kat qaseh...so buku nie tak akan hancur dah...
Good Gurl la my Qaseh...




P/s: cepat belajar yer anakku..Moga jadi anak yang bijak n cerdik...

Big luv n Hug

Qasehmansya





Wednesday, November 23, 2011

Qaseh Bila mula melukis


Bila qaseh dah pandai melukis dan mewarna..
Dinding2 abis semua diconteng..nie ikut tangan papanyer yang berseni la tu...:P
laya gambo2 lukisan qaseh..
-orang lidi...lucu2....


nie aktiviti mewarna


:)


Nie hasil lukisan di dinding...
muka orang besar..perut buncit..kaki kurus...hahaha


warna2 dinding 
ayoooo... abis la umah sewa ...



Lukis kepala... tangan...mata...
Not bad la bagi budak yang umur 3tahun....



Wah.... siap ada rambut pacak-pacak lagi....:P

5 Idea Mengajar tentang warna



1. Buat agar-agar berwarna. (rajin ker mama?)
2. Ajak anak bungkus kertas hadiah yang berwarna.( grrrrrrrr....)
3. Guna cawan minum berwarna.(yang nie ada...tu mama rajin beli tupperwear)
4. Biarkan dia bermain dengan kertas warna. (yesss... i do)
5. Berikan air yang berwarna untuk si manja minum.( buat jugak...)

6. Ajak dia bersama-sama membuat muffin yang berwarna. ( belum sempat main dah masuk mulut)
7. Bila mengajar tentang merah, beri dia makan stawberi. ( dah try...berkesan..)
8. Warna coklat, makan coklat. ( coklat dilarag sama skali..so tukar dgn appeton punyer vitamin)
9. Warna biru,kaitkan dengan lautan.
10. Hijau, makan epal dan timun dan juga tentang alam semula jadi dan tumbuh-tumbuhan.
11. Warna oren, ingat buah oren dan lobak.
12. Buat origami menggunakan kertas warna putih.( dah macam ajar seni visual lak..)
13. Masak nasi bersama anak dan katakan ia berwarna putih. ( sapa putih..mama atau papa? qaseh jawab mama....)
14. Kuning dengan warna lemon juga makan nanas.
15. Hitam dan putih, ceritakan tentang haiwan zebra. ( taik cicak oke jugak)


TIP MUDAH


1. Apabila anak anda sudah mengenal warna, suruh dia mengambil beberapa helai baju yang berwarna yang telah dipelajari pada minggu sebelum ini.
2. Setiap minggu, suruh si manja tunjukkan warna yang dipelajarinya dalam majalah.
3. Apabila berada di luar rumah, suruh anak anda cari warna hijau. Biarkan dia mengutip dedaun di padang permainan.
4. Kanak-kanak banyak belajar tentang warna daripada ibu bapanya dan gurunya di tadika.
5. Rumah adalah tempat yang sangat baik untuk anak anda mengenal warna dengan mudah


P/s: Qaseh nie kadang-kadang color pink dia panggil 'bandung'..adoi....


Big luv n Hug
Qaseh mansya

Mama..Mama... nak adik..... :P

 Semalam....

Qaseh(duduk atas perut mama)
Mama: qaseh..jangan wat mama mcm nie...sakit baby....
Qaseh: mana ada baby...
Mama: ada la dalam perut mama..
Qaseh: tak... perut mama tak besar pun....
Mama: hehehe... :P

Kisah Dulu...

Qaseh: mama beranak Qaseh mcmane?
Mama: mama teran....
Qaseh: sambil terkangkang buat eksen mcm meneran..huhuhu(pegaruh tv la ni)

so sekarang Qaseh always tanya..mama nak adik... mama nak adik... ayoyo..ingat senang ker Qaseh...huhuhu

Mulut Qaseh yang makin cerdik... :)

Jangan nanti ada adik...qaseh bertinju gan adik sudah....




Mama, Adik Keluar Dari Mana?

Pastinya sukar untuk anda menjawab soalan begitu.
Kisah Telur
Selepas perempuan baligh, sekali sebulan satu telur tunggal akan keluar dari ovari dan masuk ke dalam salah satu tiub falopio yang sempit. Apabila telur bertemu dengan sperma, mereka akan bergerak ke rahim iaitu tempat bayi membesar. Tetapi jika telur tidak bertemu sperma, ia akan bergerak ke uterus sebelum jatuh dan bercampur dengan darah di dalam uterus. Kemudian campuran itu akan mengalir keluar melalui vagina sebagai darah haid.
Kisah Sperma
Sperma dihasilkan oleh lelaki di dalam testikel (buah zakar). Sperma akan mengembara melalui epidemis dan bertahan selama beberapa minggu. Apabila mereka meninggalkan epidemis, bermakna mereka sudah bersedia untuk berlumba mencari telur. Berjuta-juta sperma akan berenang keluar dari hujung penis (zakar) untuk mencari telur.
TELUR + SPERMA = BAYI
Hanya satu sperma dan satu telur diperlukan untuk menghasilkan bayi. Kemudian sperma akan berenang melalui uterus dan menuju ke dua tiub falipio untuk mencari telur. Biasanya proses ini akan mengambil masa beberapa jam dan hanya beberapa ratus ribu sahaja yang berjaya menghampiri telur. Tetapi sebaik sahaja satu sperma sudah melekat kepada telur, ia akan ‘tertutup’ dan sperma lain tidak boleh lagi ‘masuk’. Kini telur dan sperma menjadi satu sel. Inilah permulaan sel seorang bayi dan dikenali sebagai zigot.

Apabila sel-sel tadi sampai ke dalam uterus ia menanam dirinya pada dinding uterus. Perempuan dikatakan hamil apabila zigot membesar di dinding uterus. Kini ia dikenali sebagai embrio. Saiznya lebih kurang seperti biji tomato.
Selepas tiga bulan, embrio akan berubah dan dikenali sebagai fetus (janin). Manakala bahagian-bahagian badan seperti jantina, kuku kaki dan tangan akan terbentuk.



Enam bulan kemudian, janin akan membesar seperti saiz buah kelapa. Bulu mata, kening dan rambutnya sudah mula tumbuh. Dia sudah belajar cara bagaimana hendak bernafas walau pun dia belum boleh bernafas sendiri.





Setelah sembilan bulan, kepala janin akan menghala ke bawah. Janin sudah cukup sifat dengan mempunyai otak. Jantung, paru-paru, perut dan anggota badan lain. Kini janin (bayi) sudah bersedia untuk dilahirkan.






Bayi dilahirkan melalui vagina ibu. Bayi akan dibersihkan sebelum diserahkan kepada ibu untuk disusukan. Bayi perlu disusukan secara eksklusif dengan susu ibu selama 6 bulan sebelum diberi makanan lain. so..Qaseh kena la jaga baby nie nanti... oke tak.... sure Qaseh angguk2 kepala....


P/s: Gulppp..nak terang kat Qaseh macam nie...adoi.... mulut sangat la cerdik..kang lagi mcm2 soklan keluar...

Big luv n Hug
Qasehmansya