Daisypath Anniversary tickers
Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Banner Wan Hazel LINK

Monday, January 31, 2011

Bulan berkasih sayang.. I luv FEBUARY

  

   Biar pun sentiasa berkasih sayang tp tiap kali masuk bulan Febuary terasa sgt indah..bukan nak sangat menyambut hari Valentime..but kebetulan my hubby lahir pd bulan Febuary... mula la nak mencari hadiah yang special..bukan apa sejak kitaorg couple lagi memang selalu tukar2 hadiah..terutama masa celebrate birthday... dari la zaman tak bergaji...sehingga sekarang...bila dah bergaji nie special skit..boleh la beli yang mewah2 skit..tak salah rasa kalau kita berbelanja untuk yang tersayang....so tahun nie saya dah hadiahkan awal2 untuk my hubby..but still nak cr yg special lagi...apa ek....?


so untuk entry sempena masuknyer bulan kasih sayang nie...ada skit tips...boleh try...

5 actions to says i love u....

  1. Give him soft kiss....always....
  2. Spend quality time wif him...
  3. Listen to him every word.. :)
  4. Make every day things special....
  5. Give unexpected hugs and kisses in unexpected places.

Sunday, January 30, 2011

Menu Istimewa sempena menjadi surirumah.. :)

seminggu cuti untuk CNY nie..bertekad untuk masak setiap hari..hehehe..semalam nasi ayam kukus...sedap..ayam yg diperap dengan sunkist...nyummy...hari nie plak try siakap kukus..siakap cr kat pasar..sekilo ikan siakap rm18..dpt la yg sedang2 tadi.... ni kat bawah resepinyer..cuber la try....
pas tu selain siakap..hari ni wat kerabu ayam n sotong chincuan....sedap..jom layannnn...






tips: utk hilangkan rasa hanyir kena la lumur gan tepung dlu


get ready







yang nie my peberet..kerabu ayam wif kacang panjang


nie namanyer sotong cincuan...


bahan2nyer...
ikan siakap mesti yang segar
serai /halia muda
bawang putih
bawah besar
stok ayam
air limau nipis tanpa biji
cili padi
gula secukup rasa
daun sup
satu sudu teh sedikit tepung jagung
2 cawan air

cara2nyer...
Masukkan stok ayam yang yang dicampur dgn dua cawan air kedalam kuali dgn api yang sederhana.
hiris Serai, bawang putih dan merah serta halia muda

Masukkan tepung jagung , campuran air limau nipis tanpa biji bersama gula

semua bahan ini di masukkan dlm stok ayam yang mendidih di atas dapur

masukkan ikan siakap yang segar dan siap di kelar ke dlm kuali tadi

tabur hirisan cili pada dan daun sup dan hiriasn bawang besar

tutup kuali sehingga masak dan sedia dihidangkan




ok selamat mencuber...resepi ni sgt senang..sbb kalau mkn kat luar harganyer dalam rm70...kalau buat sendiri sgt la murah... i love it....

Friday, January 28, 2011

siapa lelaki Dayus?

          Seminggu nie saya sibuk mengemaskini Email..jadi byk jgk email2 yg boleh dikongsi bersama...saya tertarik dgn email kiriman  seorang sahabat lama..jadi saya masukkan la dlm entry blog hari ni...ayat DAYUS ni sangat sensetif kepada kaum lelaki..
Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.
jadi..bila lelaki itu akan diketogeri sebagai dayus?

 
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8.Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.